Tuesday, 25 September 2018

[Video Kah3 Ibrahim Ali-Dulu lompat katak, kini mereka 'lompat beruk' & Terkujut Anwar! Apabila Penyair Zurina Hasan Berpantun Tentang PRK PD] TIADA MAAF UNTUK RAFIZI...

Selasa, 25 September 2018

TIADA MAAF UNTUK RAFIZI...

Patut le pun sebok nak bertanding Timbalan Presiden dan gopoh gapah nak Anwar jadi PM?

Takkan jawapan akan skema. ....sekadar bergurau dengan Tabung Haji ! 
Posted by 

Mahkamah arah Rafizi bela diri tuduhan tohmah Tabung Haji

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membela diri terhadap tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, dua tahun lalu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang telah memanggil tiga saksi sepanjang perbicaraan bermula 22 Ogos tahun lepas, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah telah mendengar, membaca dan meneliti keterangan saksi pendakwaan, mengambil kira kesemua aspek secara maksima, mahkamah dengan ini mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie dan mahkamah memanggil OKS untuk membela diri,” katanya.

Umzarul An-Nur kemudian menetapkan tiga hari bermula 27 sehingga 29 November untuk bekas Anggota Parlimen Pandan itu membela diri.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek dan Nadia Zulkefli manakala Mohd Rafizi diwakili Peguam Nik Zarith Nik Moustpha.

Pada 8 April 2016 Mohd Rafizi, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu Nik Zarith ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya dijangka memanggil tiga saksi pembelaan dalam prosiding kes itu.

Mohd Rafizi ketika ditemui di luar mahkamah menyifatkan keputusan mahkamah untuk memanggilnya membela diri menjadi ruang kepadanya untuk membuktikan kes yang dihadapinya bukan kes fitnah.

“Itu proses biasa (bela diri). Saya tak pernah ada kes (di mahkamah) yang tidak dipanggil membela diri. Saksi-saksi yang kami ada insya-Allah akan berjaya membuktikan kes ini bukan satu kes fitnah,” katanya.

- Bernama
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena