Saturday 22 September 2018

[Video Pemilihan PKR: Gaduh besar di Cabang Merbok, Kedah] Hari pertama pemilihan PKR tegang.

Sabtu, 22 September 2018


Image result for Gambar pemilihan PKR 2018
Pemilihan PKR: Anwar ingatkan calon bertanding secara sihat, tiada kompromi.

Hari pertama pemilihan PKR tegang

Pemilihan PKR akhirnya bermula hari ini dan ia telah pun dilanda masalah selepas terpaksa menangguhkan dan menggantung pemilihan di lapan daripada 15 cabang di Kedah.
Setiausaha jawatankuasa pemilihan Ismail Yusoff memberitahu Malaysiakini bahawa masalah dengan sistem e-undi telah mencetuskan ketegangan di kalangan anggota yang datang awal untuk mengundi pagi ini.
"Ya, ada lapan daripada 15 cabang di Kedah yang terpaksa kita tangguhkan (pemilihan).
"Isunya banyak berkaitan (masalah) teknikal," kata Ismail ketika diminta mengulas rakaman video yang menunjukkan sekumpulan anggota PKR cabang Merbok yang marah dengan hal itu.
"Walaupun pengawas kita dilatih, tetapi kena terima hakiat masih ada isu teknikal dengan kod bar dan tablet yang digunakan untuk mengundi. Itu menimbulkan ketegangan," katanya lagi.
Beberapa gambar insiden itu yang tersebar juga menunjukkan anggota polis berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.
Selain Merbok, tujuh lagi cawangan yang digantung pemilihan adalah Sungai Petani, Sik, Kulim, Langkawi, Baling, Jerai dan Padang Serai.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena