Thursday 20 September 2018

[Video Tok Pa cari halatuju di luar Umno & MUSIBAH atas Umno - UJIAN atau BALA?] SPR peruntukan RM3.6 juta untuk PRK Port Dickson! Penamaan calon 29 September, 13 Oktober buang undi, tempoh kempen 14 hari.

Khamis, 20 September 2018

Image may contain: text
Image result for umno attends pas  General Assembly 2018
Tumpang sekole.

PRK Port Dickson: Penamaan calon 29 September, 13 Oktober buang undi, tempoh kempen 14 hari

Tan Sri Othman Mahmood (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Pegawai Pengurus PRK Port Dickson kepada Khairy Maamor (tengah) dan diperhatikan Setiausaha SPR Datuk Mohamad Elias Abu Bakar.
Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P132 Port Dickson akan diadakan pada 29 September dan hari pembuangan undi pada 13 Oktober depan dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Bagi pengundian awal akan diadakan pada 9 Oktober depan .
Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara akan dibuka pada 20 September dan ditutup pada 29 September 2018.
PRK Port Dickson akan menyaksikan sejumlah 75,770 pemilih berdaftar bagi Suku Kedua Tahun 2018 akan menjalankan tangungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu berikutan kekosongan kerusi oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali dalam dewan rakyat.
Daripada jumlah itu terdapat 68,486 orang pemilih biasa; sebanyak 7,268 pemilih awal dan 16 orang Pemilih Tidak Hadir Luar Negara.
Bagi menjalankan proses pilihan raya kecil SPR telah melantik Khairy Maamor sebagai Pegawai Pengurus PRK P132 Port Dickson dengan dibantu 9 Penolong Pegawai Pengurus dan 5 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-PKR) untuk memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen kelak.
Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi Speaker Dun Datuk Mohamad Arif Yusof pada 12 september lalu berhubung kekosongan luar jangka kerusi P132 Port Dickson.
Sehubungan itu SPR telah adakan mesyuarat khas hari ini untuk menetapkan tarikh PRK diadakan dalam tempoh 60 hari pada tarikh kekosongan  kerusi pada 12 September bagi  mengisi kekosongan di kerusi berkenaan.
SPR turut menyasarkan  peratusan keluar bagi PRK Port Dickson sebanyak 70 peratus akan menjalankan tanggungjawab mereka pada PRK kali ini.
Bagi  lakasi  Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, SPR telah memilih Dewan MajlisPerbandaran Port Dickson.
Pada PRK Port Dickson ini SPR telah memperuntukan sebanyak RM3.6 juta  untuk mengendalikan 
“Ia merangkumi 1,403 orang petugas dilantik untuk mengendalikan posesn PRK. Manakala sebanyak 39 buah Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 171 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Ibupejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena