Mat Sabu ni memang Ahli Nujum Negara
UMNO SOKONG SIAPA?
Memenuhi janjinya untuk memberi tentangan kepada Anwar Ibrahim jika UMNO tidak sedia meletakkan, Pas akhirnya membuat keputusan bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober depan.
Keputusan bertanding itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas di Kuala Terengganu malam tadi.
Keputusan itu diumumkan melalui twitter rasmi Presiden Pas, Hadi Awang sambil memaklumkan siapa calon yang dipilih untuk bertanding di Port Dickson akan diumumkan hari ini.
Secara tidak langsungnya, keputusan Pas bertanding ini dapat juga menjaga air muka UMNO yang dianggap banyak pihak sebagai "tiada teloq" berikutan keengganannya bertanding di Port Dickson di ketika beberapa pemimpin lain bersuara sebaliknya.
Dengan UMNO dan Pas sudah bekerjasama dalam dua pilihanraya kecil sebelum ini iaitu di Sungai Kandis dan Seri Setia, kesediaan Pas bertanding ini dengan sendirinya menunjukkan parti itu masih ada perasaan mahu melindungi air muka UMNO, meskipun Port Dickson bukanlah kawasan selamat bagi mereka.
Tetapi, di sebalik keputusan Pas ini dan dalam masa yang sama Presiden UMNO, Zahid Hamidi diketahui mempunyai hubungan baik dengan Anwar, siapa yang akan disokong oleh UMNO di Port Dickson akan terus menjadi persoalan utama.
Apakah UMNO akan memberi sokongan kepada Pas sebagaimana di Seri Setia sebelum ini?
Mungkinkan pula UMNO akan bersikap berkecuali demi untuk menjaga hati Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri di mana UMNO ketika ini sedang bergantung harap kepada PKR untuk kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan?
Apakah jika UMNO bersikap berkecuali di Port Dickson nanti, ia bermakna hubungan mesra dan kerjasamanya dengan Pas bakal berakhir?
Bagaimana pula dengan beberapa pemimpin UMNO seperti Nazri Aziz, Shahidan Kassim dan Jamal Md Yunus yang sebelum ini berikrar untuk membantu kempen Anwar di Port Dickson?
Adakah mereka akan dibenarkan berbuat demikian?
Atau mungkinkah di Port Dickson ini akan menyaksikan pemimpin UMNO berpecah kepada dua - satu kumpulan menyokong Anwar dan satu kumpulan lagi meneruskan kerjasama dengan Pas?
Adakah pemimpin Pas akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini jika UMNO bersikap berkecuali atau tidak melarang pemimpinnya seperti Nazri, Shahidan dan Jamal berkempen untuk Anwar di Port Dickson? (ShahbudinHusin 27/09/2018)
0 comments:
Post a Comment