Thursday 27 September 2018

[Video Tiada siaran langsung PAU - Menteri] Umno ni SEMBANG aje lebih tatapi BACUL nak bertanding di PD! DEDAK dah habis juta-jutaan ringgit ka, mati kutu le...

Khamis, 27 September 2018

Foto Suara Rakyat.

Tiada lagi siaran langsung PAU di TV kerajaan

Saluran televisyen kerajaan tidak akan lagi membuat siaran langsung Perhimpunan Agung Umno 2018, Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian dan intisari rancangan telah diatur.
"Tidak akan ada saluran siaran langsung, saya sudah jelaskan.
“Namun liputan harian, maka RTM dan Bernama boleh membuat liputan dan menyiarkan apa juga berita dengan bebas,” katanya.
Gobind berkata demikian kepada media selepas hadir dalam Majlis Jasamu Dikenang 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
PAU2018 akan berlangsung selama dua hari pada 29 hingga 30 September ini.
PAU sebelum ini sering mendapat liputan meluas media arus perdana dan disiar secara langsung di kaca TV.
Sementara itu, Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong itu berkata pendekatan sama turut akan dikenakan kepada parti-parti politik kerajaan.
"Apa-apa perhimpunan agung setiap parti Pakatan Harapan tidak akan dibuat secara langsung, cuma akan ada sidang media.
“Kalau ada nilai berita kita akan benarkan. Kalau ada pemilihan parti contohnya, akan ada sidang media selepas itu.
Apa-apa kenyataan dalam sidang media itu boleh dilaporkan. Tidak ada masalah kerana kita akan panggil sidang media," katanya.
Mk.

2 comments:

Unknown said...

Kalau diadakan siaran langsung untuk PAU2018 pun elok juga, bolehlah penonton melihat gelagat perwakilan yang dulunya bukan main lagi angkuh sifatnya sampai ada yang nak selak kain. PAU kali ini, apa pula tingkahnya?

nick said...

Daripada buat PAU yg membazir ni, lebih elok disedekahkan duit perbelanjaan PAU itu kepada pekerja2 Utusan yg telah diberhentikan
kerja. Terbelalah sikit nasib pekerja2 melayu tu.

Nick.
Cape Tiger

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena