Wednesday 26 September 2018

[Video "Rakyat tak terkujut pon!" Kenapa Najib tiada dalam kabinet bayangan BN?] PAS umum tanding PRK Port Dickson & Pas berjuang kerana nak jaga nama kuasa politik atau pun agama?

Khamis, 27 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Anda nilaikanlah sendiri pendirian parti Islam PAS.

Berjuang kerana nak jaga nama kuasa politik atau pun agama..
Walau apa pun sama2 kita tunggu di hari penamaan calon pada 29 September ini nanti..

PRK Port Dickson satu pembaziran - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak sepatutnya berlangsung kerana ia bukan saja merugikan masa, malah menjurus kepada pembaziran wang negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PRK yang disengajakan itu diadakan hanya kerana memenuhi cita-cita seorang individu yang mahu menjadi Perdana Menteri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata setiap kali PRK, kos yang perlu dibelanjakan mencecah jutaan ringgit sedangkan negara tiada duit dan terpaksa mewujudkan tabung meminta derma.
“Bagi saya ia buang masa dan membazir duit kerana setiap PRK membabitkan kos juta ringgit dan ini bukan yang pertama kerana sebelum ini Langkah Kajang pernah dilakukan.
“Ini semua untuk memenuhi cita-cita individu jadi saya berasakan ia tidak baik untuk negara. Kita tiada duit tapi kita buat benda seperti ini (PRK),” katanya selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.
BH Online.

PAS umum tanding PRK Port Dickson

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu bersetuju untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan dan hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang berlangsung malam ini di Kuala Terengganu, Terengganu.
"Setelah kita mendengar laporan dan maklumat daripada Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, mengambil kira semua pandangan kita melihat bahawa kita bersetuju untuk bertanding di PRK Port Dickson. 
"Kita akan umum calon malam esok di Port Dickson," katanya pada di sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook PAS Pusat. 
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan serta kepimpinan kanan parti itu. 

1 comments:

Unknown said...

Bila penungang agama m'jual muruah yg sgt2 rendah kerana berahi politik.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena