Friday, 28 September 2018

[Video Tsunami landa bandar Palu, Indonesia & Gelombang Tsunami di Pesisir Palu] Anwar yakin menang di Port Dickson.

Sabtu, 29 September 2018

Image may contain: 1 person, text

Anwar yakin menang di Port Dickson

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya beliau berpotensi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berdasarkan rekod prestasinya yang cemerlang dalam mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan golongan veteran.
Anwar berkata Pas mempunyai hak untuk meletakkan mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk bertanding pada PRK itu namun rekod prestasinya mempertahankan ATM dan golongan veteran sudah terbukti sejak dahulu, malah ia boleh diakses dan dibaca dalam hansard Parlimen.
“Ketika Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kem Sungai Besi diswastakan kepada Jho Low dan geng, saya membantah di Parlimen malah menegas dan mempertahankan hak veteran untuk dilindungi.
“Rekod itu sangat jelas dan saya percaya pengundi boleh mengaksesnya. Saya juga akan turun padang untuk berjumpa dan menawarkan perkhidmatan saya kepada pengundi,” katanya kepada media selepas selesai prosiding kes saman fitnah difailkannya terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail di Mahkamah Tinggi hari ini, lapor Bernama.
Mengulas mengenai tindakan seorang pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi memohon perintah mahkamah bahawa peletakan jawatan Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai anggota Parlimen kawasan itu adalah tidak sah dan terbatal, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan proses pilihan raya itu.
“Itu hanya usaha kalangan tertentu untuk menghalang saya dan pihak tertentu juga telah berusaha selama 20 tahun untuk menghalang saya secara berterusan. Tapi saya yakin, Insya-Allah, pengundi akan membuat keputusan yang bijak,” katanya.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Danyal Balagopal, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57, pula dinamakan sebagai calon PAS bagi PKR berkenaan. Selain Mohd Nazari, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas. Parti Rakyat Malaysia juga menunjukkan minat untuk bertanding.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada Sabtu ini manakala 13 Okt ditetapkan untuk hari mengundi.
Sementara itu, prosiding saman fitnah Anwar hari ini selesai selepas Dr Mazlan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR berkenaan di Mahkamah Tinggi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena