Sunday 10 March 2013

PROPAGANDA UMNO YANG PANIK & KRONIK: Menagih Simpati Ketika Kerajaan BN EXPIRED!!!

Ahad, 10 Mac 2013
PERANG SARAF UMNO SEMAKIN PANIK & KRONIK !!
Segala-galanya Menikam Diri Sendiri
PRU13: Luar biasa bila lepasi tempoh 5 tahun 

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan disenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang paling lama berada dalam keadaan teka-teki tarikh pilihan raya di mana kempen pilihan raya telah bermula sejak empat tahun dahulu lagi. Lagi...
Harakahdaily.
SARAWAK: Kaya bertambah kaya, miskin bertambah merempat.....
News Agenda Propaganda UMNOBN!
Gambar Sekadar Hiasan - Tiada Kaitan Dengan Lahad Datu!

Apakah ini sebagai satu strategi umno menagih simpati daripada rakyat..., apa yang aku duk terfikir,, mereka-mereka yang kita panggil penceroboh Sulu tu pun orang juga, saudara serumpun kita juga,, apakah mereka tergamak melakukan sedemikian terhadap sesama islam berbanding dengan kejahatan umno?...
Source: Manjung Mari
Ketakutan BN tak dapat disembunyi lagi! Panik & Kronik!!
Oleh: Saiburi Sudin
Oleh kerana anak bulan masih tak kelihatan maka hingga saat ini Najib masih belum berani umum tarikh PRU13 walaupun tempoh lima tahun genap sudah berlalu. Satu demi satu tarikh yang dikatakan ‘hampir pasti’ berlaku pembubaran berlalu begitu saja.

Rakyat mudah faham.. tak lain tak bukan mengapa PRU belum diadakan ialah kerana BN tak yakin boleh menang mempertahankan Putrajaya. Najib ada pelbagai agensi berbayar yang menilai keupayaan BN secara detail, mereka ni yang bagi maklumat pada PM... ketika ini boleh menang ke tak lagi. Mereka ini yang maklumkan kepada Najib, kalau buat PRU sekarang... insyaAllah BN bungkuih!

Apa yang digambarkan oleh media-media mereka seperti Utusan Meloya, TV3 Suku, Berita Hairan hanyalah propaganda semata-mata kononnya mereka dapat sokongan padu rakyat dan bahayanya propaganda itu bagi BN ialah ia menyebabkan ahli-ahli tegarnya syok sendiri bahawa BN akan terus berkuasa, maka ini akan mempercepatkan lagi kemampusan BN.

Najib serta seluruh juak-juaknya yang berada dalam kerajaan sedar hal tersebut. Segala umpan yang dilaburkan hingga berbilion2 sehingga kini belum mampu melonjakkan sokongan untuk BN. Bukan Sharijat saja pening, Najib lagilah pening... dah mati akal nak buat camna lagi tarik sokongan rakyat.

Tup tup muncul pula isu keganasan Sulu dan pendedahan konspirasi oleh bapa Saiful Bukhari yang memfitnah Anwar meliwatnya. Di sebalik isu Sulu, BN dikecam teruk kerana beri IC kepada 800 ribu rakyat asing, majoritinya rakyat Filipina, hanya kerana mahu mereka undi BN maka kedaulatan negara terancam. Seterusnya ia mendedahkan kelemahan kerajaan mengawal sempadan negara, apa kejadahnya dengan 4 benteng pertahanan dan kapal selam Scorpene yang canggih tak dapat halang pengganas Sulu bawa masuk tentera dan senjata. BN dah naik kurang, memang tak boleh diharap!!

Pendedahan konspirasi isu liwat pula satu lagi pukulan untuk Najib kerana kejahatan mereka menggunakan pegawai di jabatannya terbongkar. Kelamkabut habis jentera penerangan BN nak jawab... sampai Asan Ali yang dok sibuk isu kalimah Allah, sekarang kena tukar tune main isu bontot pulak... alahi malunyer. Semua jentera propaganda dan ‘anak syarikat BN’ seperti Perkasa, Jati, JMM, Tibai dll dah jadi kelam kabut kerana Azlan seorang.

Masa berlalu... Najib memang tak boleh elak dari membubarkan Parlimen sebab mau tak mau tempoh akan berakhir sedang sokongan rakyat untuk BN makin merudum teruk. Apa langkah Najib seterusnya? Kita tunggu dan lihat...
http://kedahla.blogspot.com/2013/03/ketakutan-bn-tak-dapat-disembunyi-lagi.html
Posted by Kedah Lanie at 6:00 PM
BN Semakin Tertekan Di Sabah!


SHAFIE APDAL LIAT BAYAR HUTANG?

NAIB Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori Presiden UMNO.

Apakah berita mengenai keganasan polis Malaysia di Sabah benar?
Apakah polis bertindak demikian kerana bermotifkan membalas dendam kerana kematian lapan orang anggotanya sehingga menjadi mereka yang tidak bersalah pun turut dikasari dan ditembak?

Apakah polis dan tentera Malaysia sudah hilang pedoman sehingga yang tak bersalah pun dijadikan mangsa?

Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.

Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?


N23 DUN MANJOI
Takbir...Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena