Wednesday 5 November 2014

Peserta Cabaran Marathon Gunung Terom, di Hutan Lipur Sekayu ditemui mati...mangsa hilang sejak tiga hari lepas...

Rabu, 5 November 2014




meninggal-dunia

Berita terkini Adik Ahmad Rafiqin Azman remaja hilang di Hutan Lipur Sekayu ditemui mati pada 4 November 2014. Difahamkan jenazah Ahmad Rafikin Azman ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 6.35 petang selasa dalam keadaan tersepit di celah batu. Terdahulu, Ahmad Rafiqin Azman pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud dilaporkan hilang sejak 1 November 2014 ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa di Hutan Lipur Sekayu.


Identiti Pelajar Hilang Di Hutan Lipur Sekayu Ditemui Mati
Nama: Ahmad Rafiqin Bin Azman
Umur: 16 Tahun
Status: Pelajar Tingkatan Empat
Pendidikan: Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud
Punca Kematian: Dipercayai tergelincir ke dalam gaung. Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam. Untuk info, adik Rafiqin dilaporkan telah hilang sejak Sabtu 1 November 2014 sewaktu menyertai Cabaran Marathon Gunung Terom, Sekayu Terengganu sebelum ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada 4 November 2014.

Sumber: Berita Terkini Adik Ahmad Rafiqin Azman Ditemui Mati | melvister.com 

gambar 1

Pelajar tingkatan 4 sesat di Hutan Lipur Sekayu ditemui mati

Pelajar tingkatan 4 yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di Kuala Terengganu sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.
Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir ketika ditemui hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas.

"Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu.

Ahmad Rafikin dilaporkan hilang se tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur  beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena