Saturday 4 April 2015

[Al-Fatihah] Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter petang tadi..."Pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib"

Sabtu, 4 April 2015

Nahas helikopter: Jamaluddin Jarjis antara terkorban

heli-crash
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Su pegawai di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dilaporkan antara yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih pada petang Sabtu
Turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian 4.45pm itu Dato’ Robert Tan dari Kedah, juruterbang, Kapten Cliff Fournier dan pembantunya, Eidiana serta pengawal peribadi kepada Jamaluddin.
Helikopter itu dilaporkan menuju ke Subang daripada Kuantan.
Bomba dan Penyelamat telah menjumpai kesemua enam mayat dan usaha masih dijalankan oleh pihak forensik untuk mengesahkan identiti.
Helikopter dengan pendaftaran AS365N2 jenis Dauphin kepunyaan IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation.

Jamaluddin Jarjis dan KSU Sulit Najib antara enam yang terbunuh dalam nahas Helikopter

Jamaluddin (tengah) ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan, pagi Sabtu, beberapa jam sebelum terbabit dalam nahas helikopter yang mengorbankannya serta lima lain di Semenyih.
Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Manakala jurucakap pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, pihaknya menunggu unit forensik polis untuk mengesahkan identiti mangsa.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. "

Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama lapor Malaysiakini

Dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam penumpang helikopter yang terhempas di ladang getah Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang hari ini, lapor The Star Online

Hmm.. think tank Najib ni....

Tak apa kita letakkan politiki ke tepi dulu... Al Fatihah buat Allahyarham dan semua mangsa yang beragama Islam dan Takziah yang bukan Islam..

Al-Fatihah!!!

Posted by Anak Sungai Derhaka 

Jamaluddin Jarjis Antara Yang Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Petang Tadi


Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
 
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Empat orang lagi ialah ahli peniagaan Robert Tan, kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Jamaluddin yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
 
Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.
 
Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.
 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena