Monday 1 January 2018

[Video Tolak & Tidak mengundi Pas Tidak bermakna menolak Islam] Bersatu ingatkan PKR berhati-hati terima masuk 6 Adun Pas.

Isnin, 1 Januari 2018

Bersatu ingatkan PKR berhati-hati terima masuk 6 Adun Pas

Bersatu ingatkan PKR berhati-hati terima masuk 6 Adun Pas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengingatkan rakan parti gabungan dalam Pakatan Harapan agar berwaspada dengan permainan politik Pas sekiranya berlaku Adun Pas menyertai PKR di Selangor.
Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Abdul Rahman Asari berkata, beliau merujuk kepada pengalaman Bersatu mengadakan rundingan kerjasama dengan Pas akhirnya menemui kegagalanwalaupun tiga kali rundingan diadakan.
“PPBM nak beritahu PKR pengalaman dengan Pas ketika berunding untuk kerjasama dalam PH sebanyak tiga mesyuarat yang kami diadakan.
“Apa yang menarik ialah pada mulanya semua berjalan lancar tetapi bila sampai masa untuk menandatangani perjanjian Pas tarik ‘hand break’ kata Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tak mahu bagi kerjasama dengan PPBM tanpa bersyarat.
“PPBM seolah-olah dipermainkan Pas.Segalanya kerana Hadi bukannya Tuan Ibrahim. Sebab itu kita nak bagi tahu pada PKR jangan percaya dengan Pas.
“Dibimbangi di Selangor ini mereka (Adun Pas) beriya-iya nak sangat masuk PKR atau bertanding atas tiket PKR tetapi pada pilihan raya mereka bersama Pas.
“Mungkin juga mereka boleh bekerjasama dengan BN. Kita tidak tahu BN yang bertanding atau Pas yang bertanding di saat akhir,” ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika ditanyaa mengenai desas-desus Adun Pas akan sertai PKR.
Beliau juga mengesahkan, di dalam pengetahuannya sebagai Pengerusi Bersatu Negeri Selangor, hanya 6 Adun Pas akan menyertai PKR.
Bagaimanapun katanya lagi, sewajarnya mereka tidak ditawarkan sebagai calon pilihan raya kerana parti dalam gabungan PH juga mempunyai calon pilihan sendiri.
“”Walaupun dah tersebar desas-desus Adun Pas nak masuk PKR tapi yang sahih cuma 6 Adun saja.
“Jika mereka masuk PKR sebagai ahli baharu sebenarnya mereka tidak layak bertanding di kawasan sama. Mana boleh mereka bertanding di kawasan sama kita pun ada calon sendiri.
“Kalau PKR menerima kemasukan 6 Adun Pas ini bermakna pertambahan kerusi Dun daripada 15 kepada 21 kerusi PKR. Manakala parti lain terutama PPBM dan AMANAH akan dapat kurang kerusi. DAP kekal dengan 15 kerusinya,”ujarnya.
Abdul Rahman turut memberitau PH Selangor akan mengadakan mesyuarat pada 3 Januari ini antara agendanya untuk membincangkan kemungkinan kemasukan 6 Adun Pas dalam PKR.
“Hasrat 6 Adun Pas itu telah pun dimaklumkan kepada parti gabungan dalam mesyuarat yang diadakan bersama Pakatan Harapan Selangor pada minggu lalu.
“Bagaimana pun ia masih lagi dalam proses rundingan antara PKR dengan Pas dan PKR dengan PH,”ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dalam mesyuarat itu dimaklumkan 6 Adun Pas itu ditawarkan bertanding atas tiket PKR atau mereka rela hati untuk keluar Pas dalam menghadap PRU14 akan datang tanpa sebarangkerusi?
“Itu saya tidak pasti mengapa 6 Adun itu memilih PKR kerana sebabnya tidak dibincangkan masa mesyuarat diadakan itu.
“Besar kemungkinan mereka menyedari, nama mereka tidakdicalonkan oleh Presiden Pas untuk PRU akan datang dan terkait dengan keputusan Pas Pusat menolak kerjasama dengan DAP, tetapi mereka masih berhajat untuk bertanding.
“Sama ada mereka bersedia masuk PKR dengan bersyarat atau sukarela masuk PKR, mereka tidak boleh dianggap akan membantu PH Selangor untuk menang pilihan raya memberikan mereka kerusi.
“Jika mereka nak kekalkan kerusi yang pernah dimenangi dulu, saya fikir sudah pasti rakan dalam PH tidak boleh terima. Mungkin parti lain akan masuk bertanding, maka akan berlaku tiga penjuru.
“Apa yang PH Selangor sedang usahakan selama ini bekerjasama untuk mengelak daripada berlakunya tiga penjuru.
“PH sedang dalam perbincangan sama ada kita (PH) akan benarkan PKR terima masuk 6 Adun ini atau kita akansepakat beritahu kita tidak bersetuju,” ujarnya lagi.
Desas-desus kemasukan Adun Pas itu mula tersebar sejak awal Disember lalu dan dilaporkan media namun,Pas menafikan perkara itu berlaku dan tidak mungkin berlaku.
Naib Presiden Pas yang juga Adun Chempaka Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya pada 23 Disember lalu, dipetik berkata, beliau yakin 100% wakil rakyat Pas Selangor akan setia kepada Pas dan beliau menafikan apa yang dilaporkan media adalah tidak benar.
Ia hanya khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan pihak lawan untuk mendapat sokongan rakyat di negeri itu.
Namun Pengarah Komunikasi AMANAH yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, 13 Adun Pas kini menghadapi dilema kerana kurang senang dengan keputusan Pas Pusat keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) apabila memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Ini jelas katanya, berdasarkan surat yang telah ditandatangani kesemua 13 Adun Pas meminta supaya Pas Selangor dikecualikan dari dasar Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan PR.
Oleh itu Khalid berpandangan sudah ada di kalangan Adun Pas Selangor yang berhasrat keluar Pas. Mereka merupakan golongan pro-kerjasama dengan pakatan, sama ada Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) atau Pakatan Harapan (PKR,DAP,AMANAH, Bersatu).
Pas Selangor pada Ogos lalu turut mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor, termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Dun Kajang) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.
Namun Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan bahawa terdapat perbincangan rasmi antara PKR dengan Pas berhubung pembahagian kerusi di negeri itu berlaku.
 Malaysia Dateline


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena