Wednesday 11 April 2018

[Video 'Tolonglah kami...untuk semua' pinta Dr M dalam sajak] Mahathir puji usaha rakyat kongsi kereta balik mengundi & Tahniah gerakan anak muda menggerakkan inisiatif 'PulangMengundi dan CarpoolGE14'.

Khamis, 12 April 2018

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tahniah gerakan anak muda menggerakkan inisiatif#PulangMengundi dan #CarpoolGE14

*KENYATAAN MEDIA*

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu, 9 Mei 2018 sebagai tarikh Hari Pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Ini kerana keputusan SPR tersebut mengakibatkan kesukaran kepada para pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Setelah menerima desakan demi desakan, kerajaan sementara Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan 9 Mei 2018 sebagai Hari Kelepasan Am. Begitulah hakikatnya di Malaysia yang tercinta ini, perubahan harus didesak dan dituntut.

Dalam pada masa yang sama, kita melihat usaha para pengundi terutama di kalangan anak-anak muda yang telah menggerakkan inisiatif #PulangMengundi dan #CarpoolGE14. Terdapat juga warga Malaysia yang prihatin mengambil inisiatif menaja kos perjalanan bagi pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka. Saya mengucapkan syabas dan menyanjung usaha murni ini.

Saya juga menghargai tindakan syarikat-syarikat swasta yang bukan sahaja memberikan cuti malah elaun perjalanan buat para pekerja mereka pulang mengundi.

Ini adalah bukti bahawa gelombang perubahan yang melanda negara tidak dapat disekat. Tiada apa yang dapat menghalang rakyat melakukan perubahan.

Pesan saya kepada para pengundi, undilah dengan penuh kebijaksanaan. Keputusan yang dibuat pada 9 Mei 2018 akan menentukan kehidupan kita buat lima tahun yang akan datang.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

12 April 2018

Mahathir puji usaha rakyat kongsi kereta balik mengundi

Mahathir puji  usaha rakyat kongsi kereta balik mengundi

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang perihatin untuk keluar mengundi pada 9 Mei depan.
Beliau berkata dengan pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa bahawa hari pengundian diadakan pada hari Rabu, iaitu pada hari bekerja terdapat usaha sebahagian rakyat negara ini untuk bersedia untuk  berkongsi kereta untuk bersama-sama  balik mengundi di kawasan masing-masing satu usaha yang patut dipuji.
“Saya ingin menyatakan perasaan gembira kerana rakyat apabila diberitahu pengudian di buat pada hari bekerja mereka sudahpun membuat persediaan dengan mengadakan kereta yang boleh diguna oleh kawan-kawan yang lain supaya dapat keluar beramai-ramai mengundi.


“Inilah semangat yang diperlukan oleh negara. Jika rakyat tidak tunjuk minat untuk mendirikan kerajaan, rakyat akan jadi mangsa kerana tidak buat sesuatu,” ujarnya dalam video yang dimuat naik dari laman facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.
Pengerusi Bersatu itu juga berkata, rakyat dapat menyusun jadual perjalanan pada hari pengundi untuk memastikan semua rakyat tidak terlepas peluang pada hari pembuangan undi.
“Saya harap semua susun jadual supaya pada hari mengundi seberapa ramai yang mungkin boleh keluar mengundi.
“Saya harap mereka akan mengundi PH dan kami berjanji akan membaiki sesetiap kerosakan yang telah berlaku sekarang,” ujarnya.
Bagi PRU14 kali ini daripada 14,960,624 orang pemilih berdaftar seramai 14,636,716 orang adalah Pemilih Biasa; (300,255 orang ) Pemilih Awal yang terdiiri daripada Tentera,Polis dan pasangan mereka; dan Pengundi Tidak Hadir Luar Negara (3,653orang).
PRU-14 melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak termasuk Sarawak yang mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 2017.
Hari Mengundi Awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu) dan Hari Mengundi pada 9 Mei 2018.
Semalam kerajaan mengistiharkan cuti kelepasan tambahan pada 9 Mei dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena