Monday 4 March 2013

KETUA PEMUDA PAS: Jihad ke Lahad Datu...

Selasa, 5 Mac 2013
Pemuda PAS mendapat seruan Jihad di LahadDatu daripada Ketuanya

navy the best


1. Memandangkan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna Sabah masih berlarutan dan keadaan belum reda, sedang mempertahankan kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat adalah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh oleh syara' , maka ...

2. Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan segala kerendahan diri yang penuh keinsafan dan kesedaran mengharapkan redha Allah swt ....

3. Saya mewakili DPPM dan seluruh warganya dengan ini menawarkan diri untuk turun berjihad, menjadi tenaga sukarela bagi membantu mempertahankan kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat tanpa syarat jika tenaga kami diperlukan. [ namun tindakan kami tertakluk kepada kebenaran dan arahan pihak berkuasa negara ]

4. Saya juga menggesa agar seluruh rakyat negara ini mempunyai semangat yang sama termasuklah badan politik dan badan - badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan lainnya bersedia jika negara memerlukan kita.

5. Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada kita semua dan memelihara agama, negara dan rakyat dari ancaman yang merosakkan kesejahteraan dan keharmoniannya. Jua doa kita agar Allah swt mencucuri rahmat ke atas ruh perajurit atau wira negara yang telah terkorban di medan. Al Faatihah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia.
Posted by Kedah Lanie at 2:00 PM
Pemuda PAS Sabah sedia jadi sukarelawan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Sabah bersedia menjadi sukarelawan bagi menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan negara jika diperlukan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat tergempar parti itu, yang diadakan malam tadi.

Biarpun tidak meletakkan jumlah sukarelawan tersebut, Aminuddin berkata Pemuda PAS Sabah bersedia sekiranya negara memerlukan lebih ramai sukarelawan.

Selain itu, mesyuarat itu turut mencadangkan agar satu sidang khas Dun Sabah diadakan bagi tujuan memperincikan krisis di Lahad Datu itu agar lebih difahami rakyat, khususnya di Sabah.

"Sidang khas itu perlu bagi mendapatkan perincian mengeni krisis ini. Pandangan dan pendapat yang pelbagai mungkin membantu ke arah menyelesaikan krisis ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin juga berkata satu mesyuarat tergempar melibatkan Pakatan Rakyat Sabah turut akan diadakan pada tempoh yang terdekat.

Malah, pihaknya juga memutuskan untuk menemui Majlis Keselamatan Negeri Sabah dan Ketua Polis Sabah bagi mendapatkan maklumat sebenar kerana maklumat sebelum ini masih tidak memberikan keyakinan kepada rakyat.

Aminuddin juga sekali lagi mengulangi saranan Dewan Ulama PAS Pusat dan jabatan-jabatan agama, khususnya Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) untuk mengarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melakukan solat hajat.

PAS Sabah sendiri, tambah beliau akan mengadakan solat hajat perdana di setiap kawasan pada 7 Mac ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan turut mengumumkan kesediaan Pemuda PAS Malaysia untuk bersama-sama membantu pasukan keselamatan negara di Sabah sekiranya diperlukan.

niknasri
Takbir...Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena