Ia bakal disiarkan oleh Harakah dalam keluarannya untuk edisi Ahad ini.
Pendedahan adalah untuk semua pembelian peralatan pertahanan negara dari kapal selam, jet pejuang dan juga kapal tentera laut yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah.
Di samping pembelian peralatan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga didakwa melakukan pelbagai penyelewengan untuk kepentingan kroni dan elit dalam kepimpinan negara.
Perkara ini juga selalu disebut oleh para jeneral tentera yang menyertai Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ikuti laporan penuh Harakah Ahad ini.
Mahathir enggan bela Najib dalam isu Scorpene
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan membela Datuk Seri Najib Razak dalam kes Scorpene, terutama selepas kes itu dibawa ke Mahkamah Perancis, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, orang kanan kepada Mahathir, Tun Daim Zainuddin gagal memperoleh kontrak pembelian kapal selam berkenaan.
“Pada asalnya, kontrak ini kepunyaan ‘orang Mahathir’, iaitu Daim Zainuddin. Tapi, sekarang ini jadi masalah bila timbul isu membabitkan Najib di mahkamah Perancis. Sebab itu kita nampak Mahathir tidak membela Najib,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Percaturan Mahathir masih belum selesai dan dia sangat cekap ‘sembunyikan diri,” kata Azan merujuk tindakan berdiam diri Mahathir.
Harakahdaily.
Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene
“Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.
“Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri,” ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.
Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya.
Harakahdaily.
0 comments:
Post a Comment