Friday, 15 March 2013

Sultan Kelantan Mengetuai Majlis Tahlil Allahyarham Ahmad Hurairah...Takbir! Allahuakbar..

Jumaat, 15 Mac 2013
Sultan Kelantan Mengetuai Majlis Tahlil Allahyarham Ahmad Hurairah.

Sultan Muhammad V (Sultan Negeri Kelantan) yang berjiwa rakyat... bertanyakan sesuatu semasa menghadiri dan MENGETUAI majlis tahlil Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam tadi.
Takbir... Allahuakbar 3x..
Sultan Kelantan ganti "Daulat Tuanku" kepada "Allahuakbar"

Info yang sudah lama namun ReJaM© rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca yang belum mengetahui hal ini. Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Muhammad Faris Petra Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang telah bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bersemayam di Istana Negeri, baginda telah memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut salah satu bukti bahawa istilah "Daulat tuanku" telah diubah kepada "Allahuakbar" di dalam ucapan tahniah kepada baginda Tuanku Sultan. Sila klik untuk membesarkan image.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2010/11/sultan-kelantan-ganti-daulat-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena