Sunday 4 August 2013

Kontroversi 'Tanda Putera' & 'The New Village' : "Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee

Ahad, 4 Ogos 2014
PERKASA gesa k'jaan bertindak terhadap Namewee

Kumpulan hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village, yang menyebabkan tayangan  filem itu tertangguh.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard'  dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.

Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963

Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.

Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya  Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos.

Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat.

Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang. Mk.

The New Village tidak akan ditayangkan - Nazri

PADANG RENGAS 3 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.


Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.
Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di negara ini kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Katanya, dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

"Ada antara mereka kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan," katanya.

Selain itu, kata Mohamed Nazri, fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. - Utusan
Sejarah dilihat pada siapa yang memerintah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena