Sunday 4 August 2013

Projek Lebuh Raya Rakyat Kelantan: Syarikat Abu Dhabi minat - Membabitkan kos RM200 juta...

Isnin, 5 Ogos 2013
Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat...
KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.

Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.

Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.
Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.
“Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.

“Konsultan berkenaan diberi tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya di sini.

Pecah tanah projek lebuh raya rakyat diadakan pada 28 Mei 2012 dengan mengambil kira keperluan mendesak di Kelantan, selepas diketepikan kerajaan pusat sejak sekian lama.
Kerja-kerja meratakan laluan sudah dilakukan di tapak projek berhampiran Bukit Bakar, Machang awal tahun ini. Bagaimanapun projek berkenaan terhenti berikutan kontraktor menarik diri.

Hanifa berkata, syarikat dari United Arab Emirates tersebut juga mendapat kerjasama Islamic Development Bank (IDB) sebagai sumber kewangan membiayai projek lebuh raya raya.

“Projek tersebut dibina menggunakan kaedah wakaf di mana orang ramai turut membiayai bagi membina infrastruktur projek terbabit.
“Dan sehingga sekarang lebih RM2.6 juta dana wakaf dikumpul daripada orang ramai. Dan kita jangka dana itu meningkat sehingga RM6 juta.

“Dana wakaf tersebut belum lagi diusik dan ia akan digunakan bagi membina jambatan di sepanjang laluan Kuala Krai ke Kota Bharu,” ujarnya.

Sementara itu difahamkan tender bagi membina lebuh raya berkenaan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh km di bawah projek ECER telah ditutup. HDaily.
Photo: Allahu akhbar
Projek tersebut melalui jajaran sama dengan lebuh raya rakyat difahamkan membabitkan kos RM200 juta.

Oleh itu Hanifa berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih di atas kesediaan kerajaan pusat membina sebahagian pakej lebuh raya berkenaan.

“Kerajaan negeri juga telah menulis kepada Menteri Kerjaraya bagi mengadakan pertemuan untuk membincang lebih lanjut projek lebuh raya di Kelantan,” ujarnya.
 HDaily.
Photo: R sudah pergi membuat kajian ilmiah ke Songkhla. Sedikit yg mahu dikongsi;

Pengeluaran Chana Gas Separation Plant, Trans Thai-Malaysia (Thailand) Ltd, di Songkhla Thailand berjumlah 500 Juta Kaki Padu Sehari.

Pengeluaran pertama 2005 berjumlah RM4.5Billion dr blok JDA.

Bayangkan jika didaratkan ke Kelantan?

Impak EKONOMI kepada Negeri yg 95% Melayu Islam ini akan menjadi lebih pesat setanding negeri2 lain.

AYUH KITA TUNTUT HAK KITA!! --- TOLONG SHARE di WALL masing2 tanda sokongan :)

Photo: UMNO/BN Kelantan BERJANJI akan BERIKAN ROYALTI kepada KELANTAN jika UMNO Memerintah Kelantan.

PERCAYAKAH anda pada JANJI MANIS mereka. LIHATLAH Fakta Sebenar, SEMUA Negeri yang ADA ROYALTI MINYAK Semua jadi PAPA KEDANA & PALING MISKIN DI MALAYSIA. 

KENAPA? SEBAB ia DITADBIR OLEH UMNO/BN yang gagal mentadbir dengan baik, kekayaan Negeri disalurkan kepada KRONI-KRONI sahaja.

RAKYAT KELANTAN jangan mudah terpedaya. --- SEBAR

p/s: Jika mereka Ikhlas ingin berikan ROYALTI, sepatutnya selepas SULTAN MUHAMMAD KELIMA tandatangan menyokong tuntutan ROYALTI Kelantan haritu, mereka sepatutnya SUDAH BERIKAN jika mereka IKHLAS. 

Nampaknya UMNO/BN mengaja ingin mengumpan Rakyat Kelantan. HARAP Rakyat Kelantan tidak tertipu --- SEBAR/SHARE/TAG
Dari Sudut Perspektif
PETIKAN UCAPAN TUAN GURU NIK AZIZ.
Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena