Thursday, 12 December 2013

Nampaknya makin mudahlah Mat Sabu menang saman!

Khamis, 12 Disember 2013

Sebab Mat Sabu “dah jadi” Syiah!! (Video)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan orang nombor dua PAS yangdimaksudkan Zahid Hamidi adalah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terlibat dengan Syiah.
Ia didedahkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi. Antara Syiahnya Mat Sabu adalah seperti berikut;
Maklumat yang diperolehi yang menunjukkan Syiahnya Mat Sabu adalah ‘Selawat’ mengikut ajaran Syiah. Menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini.
Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.
Mat Sabu secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah mengesahkan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihat pemimpin Pas itu menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
Mat Sabu menghadiri kelas pengajian dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak.
Lihat video Sinar Harian berikut; (maaf video disekat)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena