Sabah "diserang" lagi lewat malam tadi. Kami rakyat Malaysia merasakan yang tahap keselamatan Negara ditahap amat membimbangkan. Adakah peristiwa sebelum ini tidak dijadikan pengajaran? Adakah Menteri bertanggungjawab tidak mahu diajar?
#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔
Serangan Di Pulau Mabul: Operasi Besar-Besaran Buru Lelaki Bersenjata
'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM'
“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?
“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.
“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.
Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.
Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.
Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.
Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.
BLM
Sabah Diserang Lanun, Buang Duit Rakyat Bela ESSCOM dan APMM?
Kejadian terbaru membabitkan serangan Sulu ke atas Sabah sehingga mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik oleh penceroboh, membuktikan kerajaan Najib Abdul Razak membuat pembaziran besar ke atas APMM dan ESSCOM yang langsung tidak berfungsi.
Ini bukan kejadian kali pertama. Sudah berulang-ulang kali dan setiap kali kejadian berlaku, penceroboh akan dapat membuktikan betapa mudahnya sempadan negara ini dibolosi. ESSCOM dan APMM sekali lagi terbukti satu pembohongan besar untuk menutup skandal pengaliran wang rakyat kepada kroni-kroni UMNOPUTRA.
Sudah banyak suara-suara yang mengkritik kegilaan kerajaan Najib terhadap ESSCOM dan APMM sedangkan sepatutnya peruntukan besar untuk kedua-dua agensi tersebut, disalurkan kepada TLDM dan Polis Marin yang terbukti lebih berkesan mengawal perairan negara ini sebelum kewujudan ESSCOM dan APMM lagi.
Contoh terbaik ialah Bahagian Timur Sabah. Kenapa kerajaan Najib terlalu takut nak berbelanja besar dalam bab pertahanan. Bayangkanlah bagaimana 5 pos tentera/PGA hanya mempunyai sebuah bot vanguard tua sahaja yang beroperasi untuk membuat kawalan!
Lebih teruk lagi, pagar base pun rabak di sana sini. Nak patahkan dengan jari pun, tak ada masalah. Bos paling besar datang pun, tak tanya apa-apa. Sekadar melawat, tunjuk muka, sengih sana sini, salam anggota-anggota dan langsung tak mahu tahu tentang kekurangan di pos tersebut.
Begitu juga dengan pos di Sandakan.
Walaupun dari semasa ke semasa, acap sangat Najib bercakap tentang hebatnya ESSCOM dan APMM, hakikatnya keselamatan tidak diutamakan dan tahap keselamatan telah diletakkan di bawah standard sebenar.
Untuk apa dibazirkan wang bagi agensi-agensi baru yang mentah dan tidak faham tentang keselamatan? Dengan berulangnya kejadian serangan oleh penceroboh, sudah sewajarnya ESSCOM dan APMM dibubarkan sepenuhnya dan tugas serta tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara diserahkan kembali kepada TLDM dan Polis Marin yang sudah terbukti selama berdekad-dekad mampu mengekang pencerobohan pihak asing dan jenayah di laut di seluruh Malaysia.

Posted by Era Pasca.
0 comments:
Post a Comment