Tuesday 11 November 2014

'Kambing Hitam' 1BestariNet - YTL Kena Saman RM2.4 Juta...Guru bersuara batalkan Bestari.net YTL

Rabu, 12 November 2014

Pekerja TNB dah tolak, Kini Guru bersuara batalkan Bestari.net YTL!


Amaran yang diberi oleh kesatuan sekerja TNB [baca Unspinners SINI] dikotakan dengan satu demo dua hari lepas.

Semalam SInar Harian Online SINI menyiarkan seorang aktivis guru menyeru YTL dan sistem Bestari.net di batalkan.


1BestariNet: Servis YTL dipertikai
SHAH ALAM - Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu menyusahkan bukannya memudahkan guru seperti tujuan asal ia diperkenalkan.

Menurutnya, kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah.

“Saya merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi kambing hitam dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet. Ia diperkenal oleh KPM bagi mempermudah segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah katanya, projek itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan kementerian.

“1BestariNet hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300Mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.

“1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak KPM mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL Communications Sdn Bhd.

“Saya memohon kepada pihak KPM agar mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

“Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada,” katanya.

Kenyataan penuh berikut:

Perkhidmatan 1BestariNet tidak memuaskan malah menyusahkan guru seluruh Malaysia.

Tarikh: 17 Jun 2014

Saya merasakan bahawa KPM telah menjadi 'kambing hitam' dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet.

1BestariNet diperkenal oleh KPM bagi mempermudahkan segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia.

1. 1BestariNet hanya menyediakan 1 Mbps dengan bayaran melebihi rm200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian.

2. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.

3. 1BestariNet menumpang tiang anterna di dalam sekolah disamping untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam?

4. 1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembab. Buktinya ialah SPPBS yang telah dimansuhkan.

Saya memohon kepada pihak KPM agar mengkaji semula atau membatalkan terus perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

Saya meminta semua kesatuan, persatuan guru untuk menyuarakan pendirian tentang kelemahan perkhidmatan 1BestariNet yang lebih menyusahkan para guru dan murid.

Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada.

Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)

1BestariNet - Kementerian Pendidikan Saman YTL RM2.4 Juta


Syarikat YTL Communications disaman sebanyak RM 2.4 Juta bulan lalu apabila mereka gagal memenuhi sasaran di bawah kontrak 1BestraiNet. Syarikat telekomunikasi ini disaman setelah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati YTL gagal memenuhi kontrak memasang rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet kepada 1003 buah sekolah. 

YTL sepatunya menyediakan rangkaian 1BestariNet kepada 9889 buah sekolah di dalam tempoh masa 30 bulan bermula Disember 2013. Selain daripada itu laporan audit negara juga melaporkan apabila ujian secara rawak dilakukan ke atas beberapa sekolah yang menerima rangkaian 1BestariNet, kelajuan internet yang dicapai adalah tidak memuaskan. 

Setiap sekolah sepatutnya dilengkapi internet dengan kelajuan diantara 4-20 Mbps tetapi hanya berjaya mencecah 0.2- 3 Mbps apabila digunakan pelajar. Tahap penggunaan sistem Virtual Learning Experience (VLE) yang ditawarkan amat rendah di kalangan pelajar dan guru juga dengan kadar penggunaan hanya 4%.

Kegagalan pihak YTL untuk memenuhi syarat-syarat kontrak ini pastinya mengecewakan rakyat Malaysia khususnya yang membayar cukai dan mempunyai anak yang kini bersekolah. Ia mengingatkan kita kembali kepada laporan audit negara tahun 2011 yang menunjukkan beberapa yang masih belum mempunyai makmal komputer kerana bangunannya gagal disiapkan ataupun peralatan komputer masih belum dihantar. 


Projek pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia sudah dilakukan sejak tahun 1999 pada beberapa sekolah terpilih. Kegagalan demi kegagalan membelenggu projek pembestarian sekolah di Malaysia. 

Pihak-pihak yang terlibat nampak seperti tidak serius dalam membestarikan generasi masa depan Malaysia kerana membenarkan kegagalan berlaku tahun demi tahun tanpa penalti yang lebih membebankan. Sebagai contoh projek 1BestariNet menelan belanja RM 663 Juta tetapi hukuman atas kegagalan memenuhi kontrak hanya sebanyak 0.3% dari nilai kontrak yang diterima. 

Sepatutnya janji sudah ditepati, kini masa pelajar bestari. Tetapi kelajuan internet sepantas siput berlari.

SUMBER RUJUKAN: THE STAR

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena