Tuesday, 11 November 2014

[Video] Frog VLE Kecuaian Kontrak 1Bestari, YTL ‘UNTUNG ATAS ANGIN’ RM750 juta...

Rabu, 12 November 2014

Bongkar!!! Bahana Kecuaian Kontrak 1Bestari, YTL ‘UNTUNG ATAS ANGIN’ RM750 juta. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Akibat kelemahan dan kecuaian kontrak 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan, kontraktor projek tersebut YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bakal mengaut ‘keuntungan atas angin’ mencecah RM570 juta. 

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, unjuran keuntungan YTL tersebut dijangka dalam tempoh 15 tahun berdasarkan pendedahan dari siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN). 

Antara perkara kontroversi yang dibangkitkan adalah berhubung pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Katanya lagi, melalui input Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Pendidikan disyorkan mengenakan sewa bulanan keatas YTL berjumlah RM1,200 bagi setiap tapak 1BRIS. “Walaubagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini malah menyatakan sebaliknya bahawa syarat kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara secara percuma.

 “Pada 14 Februari 2014, Kementerian memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS. “Berdasarkan jumlah baru ini, YTL membayar jumlah yang tertunggak, iaitu RM2,416.67 bagi setiap tapak dari 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2014 termasuk deposit tiga bulan,” katanya. 

Namun, katanya lagi, kadar RM1,000 setahun itu sememangnya tidak munasabah berbanding kadar RM1,200 sebulan yang disyorkan, seperti yang dinyatakan dalam laporan audit itu. “Dengan sebanyak 3,203 menara 1BRIS dipasang di seluruh negara ini, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan atau RM14,400 setahun adalah RM46.12 juta setahun. 

“Pada masa ini YTL hanya membayar RM3.2 juta setahun, bersamaan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian,” kata Zairil dalam satu kenyataan Kerajaan tanggung semua caj utiliti Tambahnya, semua caj utiliti berkaitan 1BestariNet dan 1BRIS ditanggung kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos berkaitan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.  

”Ini kecuaian serius dalam perjanjian kontrak, seperti diakui kementerian kepada Pejabat Ketua Audit Negara bahawa pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan,” kata Zairil. Dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara yang meningkatkan caj elektrik antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun, ia juga menjadi subsidi kerajaan untuk kepentingan YTL. 

Menurut LKAN, kerajaan hanya melanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani caj utiliti yang sepatutnya ditanggung penyedia perkhidmatan. Malah, laman fz.com pada 10 Mei 2013 melaporkan kenyataan pengarah YTL Yeoh Seok Hong, bahawa menara di sekolah-sekolah bukan hanya menyediakan sambungan internet tanpa wayar, tetapi untuk sekitar kawasannya Dengan kata lain, menara 1BRIS juga menyediakan perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G kepada penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan.  

”Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan hampir RM50 juta setahun. 

Selama tempoh 15 tahun projek ini, YTL bakal mendapat keuntungan tambahan RM750 juta, itu tidak termasuk keuntungan penggunaan komersil menara 1BRIS,” katanya lagi.


SEDAKA SEJAHTERA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena