Friday 12 December 2014

HARI INI Saham FGV RM2.90! Pengarah Besar FELDA digantung 2 bulan? UmnoBN 'Menang Sorak'...

Sabtu, 13 Disember 2014

PENGARAH BESAR FELDA DIGANTUNG 2 BULAN ?

Dari sumber yang tidak rasmi dan hangat di perkatakan dilaman sosial FB bahawasanya....
Dato' Hanapi Suhada
Dato' Faizoull Ahmad, telah di gantung tugas selama dua bulan sebagai Pengarah Besar Felda berkuat kuasa serta merta. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda semalam. Dato' Hanapi, Timbalan Pengarah Besar Felda, memangku jawatan tersebut.
Felda begitu hebat.
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.
BERITA TERKINI FELDA
Dato' Faizoull Ahmad

HARI INI FGV RM2.90 YA.. ALLAH SELAMATKANLAH FELDA


Hari ini saham FGV tinggal RM2.90 sesaham. Gembar gembur kejayaan sudah tidak diperkatakan. Situasi ini menakutkan. Saya mendapat sms, wassap dan dihubungi banyak pihak mohon ulasan saya mengenainya. Hingga ada yang bertanya adakah FGV akan senasib seperti MAS; jika keadaan semakin buruk?

Lawyer Hj Harris Abdullah dan Wan Rohimi Wan Daud adalah antara peguam yang banyak ambil kes Felda. Saya bincang dengan mereka pagi ini. Kami berkongsi kebimbangan mengenai masa depan Felda. Buku ' Penyenaraian FGVH, menang Sorak kampung tergadai' karangan Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara saya baca semula. Analisis beliau mengenai FGV tepat sekali.

Bila saya ingati semula sejarah dan liku2 hidup dalam Felda, menitis air mata saya. Susah payah peneroka, begini kesudahannya.
Pertembungan dalaman Felda saya tidak berhajat untuk ulas buat masa ini walaupun saya tahu mengenainya. Saya masih menunggu tarikh dari YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM untuk bertemu. Warga Felda mahukan penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku di Felda. Kerajaan mesti berterus terang. Saya dimaklumkan telah ada Masjid di Felda buat Solat Hajat mohon kehadrat Allah Selamatkan Felda. Ada peneroka Felda terpinga pinga dan bertanya sesama sendiri, 'selamatkan apa, dah tak selamat ke harta peneroka dan lain lain'.
Ngo ANAK bersedia bekerjasama dengan Kerajaan dan Felda. Ini bukan masanya untuk pulang paku buah keras. Mari kita berganding bahu perbetulkan kelemahan dan kepincangan sedia ada. Masanya belum terlambat untuk kembali perkukuhkan Felda sebagai Institusi Bumiputera yang cemerlang.

P/s beberapa perbincangan mengenai kes Mahkamah dalam isu saman peneroka, perbincangan dengan Exco Perumahan Kerajaan Selangor dan Agenda Bertindak menangani krisis Felda.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena