Tuesday 16 December 2014

[Video] Ketua kampung 'samseng' aka jkkk 'MENGONG'! Berlaku di Port Dickson...

Selasa, 16 Disember 2014
Photo: Ni kampung saya!!! Jangan hulur bantuan kat sini!!! Ni kampung saya!!
Ni kampung saya!!! Jangan hulur bantuan kat sini!!! Ni kampung saya!!

Ketua Kampung 'Samseng'

Lihatlah betapa haram jadah puak PR ni. Orang UMNO nak masuk tolong bagi bantuan banjir pun dia kecoh. Tak nak bagi tolong. Pastu siap dengan bangga mengaku (minit 2.50) dia orang PR yang bertangungjawab. Sentengah mampus dia buat kerja untuk orang atasan tapi malang presiden dia sendiri samun harta anak cucu dia tanpa disedari. Tak ke bodoh namanya tu? 
- ToTe -
Like✔Share✔Comment✔ at ☛| K@king King Jason |☚ for more video, funny, info, photo, politic etc
 — with Raja Jason Ori

" Hanya Ketua Kampung Tetapi Berlagak Macam Pemilik Tanah Satu Kampung. Sombong Nak Mampos 


TIKAQ BULOH     

Layakkah kita nak panggil orang macam ni ketua kampung. Perangai macam samseng. Dia buat macam satu kampung hak milik dia seorang.

Bukannya nak membantu orang kampung malah menghalau pula orang lain yang nak membantu penduduk kampung. Yang kena halau pula YB kawasan, dia YB suka hati dialah nak bagi bantuan dah memang kewajiban dia untuk bantu rakyat yang memilih beliau sebagi wakil rakyat.

Ketua kampung mengong  ini ingat hebat sangat jawatan ketua kampung aka jkkk yang dia pegang. Korang bacalah cerita kat bawah ni ;
PORT DICKSON - Kunjungan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Jimah Lama yang diketuai oleh ADUN Port Dickson, M. Ravi bertukar kecoh apabila Ketua Kampung berkenaan mendakwa mereka menceroboh kawasannya.

Kira-kira jam 9 pagi rombongan berkenaan tiba dirumah mangsa banjir, Saadiah Md Nor, selang 45 minit kemudian Ketua Kampung itu datang kerumah berkenaan dan mendakwa rombongan itu menceroboh kawasan kampungnya.

Ketua PKR Cabang Rasah, R. Tanggam menepis dakwaan yang dilempar Ketua Kampung berkenaan dan masing-masing mula meninggikan suara.

Anak mangsa banjir, Rashidah Nordin yang melihat kekecohan itu memberitahu, dia cuba meleraikan pertelingkahan kedua-dua mereka, namun ditempelak Ketua Kampung.

"Apabila saya cuba meleraikan mereka, Ketua Kampung terus menempelak saya dan menyatakan kononnya rumah kami dibina di tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran.

"Apa yang dikatakannya itu tidak benar dan dia sempat memberi amaran kepada kami akan memanggil kuncu-kuncunya dan Polis untuk menghalau rombongan yang datang.

Tambahnya, rombongan PKR Cabang Telok Kemang, Rasah dan Seremban datang ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan. "Memang saya tidak sangka dengan apa yang berlaku dan sangat terkejut dengan tindakan Ketua Kampung.


"Selama ini, saya sudah banyak kali mengadu kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Wakil Rakyat yang terlalu kerap berlaku banjir di sini. Namun saya langsung tidak dipedulikan." katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena