Thursday 2 July 2015

Apa dah jadi dengan Pas ni? Peguam tinggalkan PAS menyertai DAP!

Khamis, 2 Julai 2015

Seorang Lagi Peguam Tinggalkan PAS



Selepas seorang aktivis parti meninggalkan PAS dan menyertai DAP 2 minggu lalu, seorang lagi aktivis, Zulhazmi Sharif, mengambil tindakan serupa hari ini.

Keputusan itu diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Mengumumkan keputusannya di media sosial semalam, Zulhazmi berkata beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis hari ini.

"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi ahli DAP.

Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.

Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang dikitar semula.

Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.

Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

Dua tahun lalu, Zulhazmi bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.

Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk Mahfuz Omar. - tmi
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena