Thursday 3 September 2015

Abduh mai la tengok neh! 35 000 Borang Keahlian Amanah (GHB) habis dalam 3 hari

Khamis, 3 September 2015

Amanah: 35 000 Borang Keahlian Habis dalam Tiga Hari



KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.

Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.

"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.

Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.

Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara.

"Kita sudah mengemaskini proses perundangan bagi penukaran nama parti. Setakat ini itulah nama yang diputuskan (Parti Amanah Negara)," katanya.

Tambah beliau lagi, keahlian yang diterima kebanyakan adalah bekas ahli Pas dan daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas.

"Majoriti yang masuk parti kita ada Melayu, kedua India dan sebilangan kecil sahaja Cina. Walaupun membawa wadah Islam namun kita terbuka pada semua kaum," katanya. - Sinar Harian/3/9/15

Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?




PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukanny
a.
BLM
.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena