Thursday 3 September 2015

Lagi Nik Abduh mai tengok neh! 25 Exco Pemuda & Muslimah Johor keluar Pas sertai Amanah (GHB)...Jangan dok kata kami JIN, mamalia lah.

Khamis, 3 September 2015

25 Exco Pemuda, Muslimat PAS Johor Sertai AMANAH

Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat PAS Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Pengerusi HB Johor Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi keranaia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.

"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.

"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu di Johor Bahru hari ini.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, berkata pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat negeri 11 September ini.

Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan GelangPatah meletakkan jawatan masing-masing.

Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS berkata, HB telah mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah.- Bernama/1/9/1
5

Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?






PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.

Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena