Friday 4 September 2015

Inilah kerja Umno, bodohkan orang melayu...

Jumaat, 4 September 2015

Apabila Menteri melaungkan Melayu Perlu Bersatu Elak DAP jadi PM..!!!

Inilah kerja umno, bodohkan org melayu......PRU 2013, parlimen ada 222 kerusi, BN tanding 221 kerusi, DAP tanding 51 kerusi, mcm mana org DAP boleh jadik PM? PKR 99, PAS 73...

Jadi Jangan cuba nak membengapkan rakyat.....pada pru13 kerusi parlimen cina dan bangsa lain hanya 20% je yg dipertandingkan...kalau dap menang semua kerusi pun baru ada 20%...padahal kerusi melayu iaitu umno, pkr dan pas ada 80%...jadi celah mana dap nak berkuasa penuh di malaysia ni....

Namun jika dilihat kaum china tetap mahu seorang Melayu untuk PM untuk mengelakan isu perkauman...kerana Cina mahu jadi PM masih ada halangan dari Yang Di Pertuan Agung kerana memerlukan kelulusan Tuanku untuk diangkat menjadi PM...

Nak lantik MB Selangor, Perak, Perlis suatu ketika dahulu pun kelam kabut bila Sulatan main peranan..inikan pula nak lantik PM...nak lapaq mampos nak bagi Cina DAP jadi PM... Sekarang perlu betulkan ekonomi negara dulu. Untuk ni, seorang yang amat tamak serta pengikutnya yang amat tak layak mesti disingkirkan.

Waktu rakyat sudah mula tertekan dengan hidup seharian tapi mereka masih tak sedar. masih bershopping kat luar negeri. Pakai jam mahal belaka.

Melayu perlu bersatu elak DAP jadi PM
Khairil Ashraf

Ismail Sabri Yaakob berkata dalam Perlembagaan tidak dinyatakan Perdana Menteri mesti Melayu dan Bumiputera.

Ismail-Sabri-Yaakob_umno_600

KUALA LUMPUR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar orang Melayu bersatu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada daripada dirampas oleh DAP.

Katanya, sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan UMNO/ BN, tidak mustahil DAP akan menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita (orang Melayu) gagal mempertahankan kerajaan ini, tidak mustahil Perdana Menteri kita daripada kalangan DAP.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri mesti dari kalangan Malayu, Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, sekiranya pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) akan membentuk sebuah kerajaan jika menguasai Parlimen.

“Dan secara konvensyennya di dalam parti yang bergabung tadi kalau parti itu majoritinya terbanyak, dia boleh minta menjadi Perdana Menteri.

“Kalau mereka (DAP) minta menjadi Perdana Menteri, sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng akan menjadi Perdana Menteri dalam Perlembagaan,” katanya.

Ismail Sabri dalam ucapannya juga turut menyentuh perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, walaupun 89 peratus peserta itu disertai kaum Cina tetapi ia tidak menggambarkan keseluruhan kaum cina di negara ini.

“Ramai orang Cina yang tak setuju dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pemimpin DAP dalam negara ini sebagai biadap.

“Pemimpin-pemimpin DAP ini yang biadap dalam negara kita. Cuba mempengaruhi kaum Cina muda,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena