Apakah Najib bakal ditumbangkan Mahathir dan penggerak Reformasi?
oleh Lokman Mustafa
Perhimpunan jalanraya merupakan satu-satunya cara untuk menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak.
“(Sebab itulah) saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran BERSIH yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah.” Itulah kata-kata Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang 22 tahun mentadbir negara ini.
Mungkin ianya pengakuan bahawa persaraan Mahathir sendiri ada kaitan dengan siri perhimpunan Reformasi yang dianjurkan setiap minggu oleh penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang bermula pada September 1998. Para penunjuk perasaan ketika itu sering berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar Masjid Negara dan juga Pasar Seni.
Sekali sekala ada juga perhimpunan yang dilakukan di lain-lain tempat seperti di Permatang Pauh dan Jalan Kebun, Shah Alam. Pada pilihanraya umum (PRU) tahun 1999, sentimen kekecewaan terhadap BN yang dimarakkan lagi dengan protes anti-Mahathir itu menyaksikan PAS (bersama-sama gabungan Barisan Alternatif) berjaya menawan Kelantan dan Terengganu.
Walaupun BN kekal berkuasa di peringkat persekutuan, Mahathir kemudian mengumumkan persaraannya pada tahun 2003 bagi memberi laluan kepada Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kelima. Pak Lah memang popular terutama sekitar tahun 2004 hingga 2006. Namun protes jalanraya bermula kembali pada 2007 dengan perhimpunan yang dianjurkan Hindraf. Tidak lama kemudian, Bersih yang merupakan gabungan beberapa NGO tampil bagi mendesak pilihanraya diadakan secara bersih serta adil.
Kedua-dua perhimpunan ini membuatkan BN mengalami prestasi buruk pada PRU ke-12 pada 2008, apabila gabungan pembangkang mengekalkan Kelantan, serta menang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Abdullah akhirnya terpaksa akur terhadap tekanan dari Mahathir lalu memberi laluan kepada Najib Razak menjadi perdana menteri keenam. Pada masa sama, Bersih terus menganjurkan siri perhimpunan jalanan dengan Bersih 2 (2011) dan Bersih 3 (2012), yang menyaksikan ribuan peserta membanjiri ibukota.
Hujung minggu lalu berlangsungnya Bersih 4. Ia dianggap protes aman paling berjaya di negara ini. Sejumlah 500,000 peserta membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka selama 34 jam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Najib. Sekiranya kisah-kisah lampau dapat dijadikan ukuran, kita dapat jangkakan bahawa masa Najib telah hampir ke penamatnya.
Mahathir tumbang selepas 4 tahun bermulanya siri protes jalanraya oleh Gerakan Reformasi. Penggantinya Abdullah pula berundur selepas perhimpunan Hindraf dan Bersih. Kini, selepas Bersih 4, pastinya semangat rakyat kian berkobar untuk melakar perubahan kepada landskap politik negara. Sekiranya tekanan diperhebat di media sosial dan juga di jalanraya, Najib akhirnya terpaksa berundur juga dan memberi laluan kepada penggantinya.
Ironinya, Mahathir dan para pemimpin pembangkang seperti Dr Wan Azizah Ismail, Tian Chua dan Azmin Ali dari Gerakan Reformasi serta Mohd Sabu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dari Barisan Alternatif 17 tahun lalu boleh jadi akan bersama-sama meraikan kejayaan itu. Seperti kata orang, “ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat”.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Bongkar: Najib pindah wang rakyat 7 billion ke luar negara terjawab......Sebarkan
Written By canang on Jumaat, 4 September 2015
Ahli Parlimen Rafizi Ramli pernah membuat tuduhan sejumlah wang RM7 billion telah di pindah oleh Najib ke akaun luar negara. Namun tiada bukti dapat dikemukan ke atas dakwaan tersebut. Namun tuduhan Rafizi semakin jelas dengan tindakan Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos 2015 dengan dakwaan 4 buah syarikat yang terbabit dengan Najib di kawal oleh Jho Low dan keluarga. Dengan laporan polis ini pada saya satu persoalan ke mana hilangnya sebahagian wang 1MDB telah terjawab.
Ini kenyataan Khairuddin di Hong Kong
LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG
Ini kenyataan Khairuddin di Hong Kong
LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG
Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana najib tun razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low serta keluarganya.
Khairuddin Abu Hassan
Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:
1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED
1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED
Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.
Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.SUMBER
0 comments:
Post a Comment