Thursday 3 September 2015

[Video] Polis akan ambil keterangan Tun M berhubung ucapan di Bersih 4...Jangan 'buang masa lah' nak siasat Mahathir, kata Nazri

Jumaat, 4 September 2015


Polis Akan Ambil Keterangan Tun M Berhubung Ucapan Pada Bersih 4.0


KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapannya pada perhimpunan Bersih 4.0.
"Kita akan panggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk disoal siasat tidak lama lagi," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sambil menambah bahawa beliau sendiri akan memaklumkan perkara itu kepada bekas perdana menteri.
Khalid berkata, sebagaimana siasatan lain, polis perlu mendapatkan keterangan Dr Mahathir berikutan terdapat laporan polis terhadap beliau.
"Kita menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah," katanya pada Khamis.
Dr Mahathir dilaporkan membuat dakwaan mengenai rasuah semasa beliau menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 pada Ahad lalu.
MStar.

'Jangan buang masa siasat Dr M sertai BERSIH 4'

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggesa polis supaya tidak membazirkan masa memanggil dan soal siasat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyerati himpunan BERSIH 4.
"Jangan buang masa kamu. Tiada keperluan memanggil beliau kecuali jika beliau melakukan kesalahan" kata Nazri dalam sidang medianya di Kuala Lumpur petang ini.
Nazri berkata bekas perdana menteri itu tidak pergi ke demonstrasi untuk melontar bom, memecahkan pintu atau tingkap, jadi tiada masalah beliau menyertai protes.
MP Padang Rengas itu menggesa pihak yang menyatakan Dr Mahathir menyertai perhimpunan itu salah, sebaliknya menukarkan pandangan bahawa tokoh itu hadir bagi mempromosikan kerajaan dan menunjukkan ia satu pentadbiran yang menjaga warga emas.
Hujung minggu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali mengejutkan pelabagai pihak kerana menyertai demonstrasi BERSIH 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena