Sunday, 1 May 2016

"Berduyun Warga Beting Maro Bersama Selebriti" Amanah & Pengusaha kedai makan turut memperkenalkan Parti AMANAH Negara.

Ahad, 1 Mei 2016
Pengusaha kedai makan turut memperkenalkan Parti AMANAH Negara di Sarawak dengan memakai T-shirt AMANAH

#AmanahPilihanKamek

#UndilahAMANAH

Berduyun Warga Beting Maro Hadir Program AMANAH


Malam tadi, warga Beting Maro berpusu-pusu menghadiri program "Beting Maro Bersama Selebriti" yang diadakan di Kampung Pusa Tengah. 

Penampilan Wan Aishah Wan Ariffin, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, bersama-sama dengan Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak/Lawan) Pengerusi Amanah Sik di dalam program berkenaan berjaya memikat hati penduduk Beting Maro. 

Rakyat berbilang bangsa, keturunan dan agama tidak melepaskan peluang untuk datang mendengar dan melihat kedua-dua selebriti berkenaan malah ada turut bersama-sama di dalam rancangan "Karaoke islamik" yang dianjurkan sempena kempen calon N29 Beting Maro, Sdra Hud Andri Zulkarnaen. 

Aishah mendendangkan beberapa lagu diselang seli dengan kuiz hal-hal berkaitan Parti Amanah bersama hadirin. 

Persembahan video sebelum majlis berkenaan juga menarik perhatian para hadirin yang datang dari segenap ceruk Beting Maro yang tercicir dari kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih di bawah pemerintahan dan pentadbiran Barisan Nasional di Sarawak. 

Hud Andri akan mencabar penyandang Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan akan ditentang oleh calon PAS, Hamidah Mokhtar. 

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi. 

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi. 

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja. 





Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena