Saturday, 14 May 2016

[Video] #SelamatkanMalaysia Mat Sabu: MB takkan halang warga Sarawak masuk Selangor...Pesuruhjaya PAS S'gor pula tidak dibenarkan hadir.

Ahad, 15 Mei 2016


Like This Page · 6 hrs
 Presiden Amanah, Mohamad Sabu menghadiri Program Himpunan Selamatkan Malaysia di Shah Alam Selangor

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir malam ini

Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.
"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif
Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.
"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya
Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin dan faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena