Friday 14 October 2016

BERSIH 5 CONVOY...Aik! Hari ni baju merah V2 tidak akan menentang roadshow BERSIH 5 Sabak Bernam ke Sekinchan?

Sabtu, 15 Oktober 2016
#KonvoiBERSIH5 akan meneruskan jelajah ke tempat-tempat tertera!

Untuk maklumat lanjut, layari www.bersih.org/konvoi

Baju Merah pilih kerja kebajikan esok, sesah BERSIH kemudian

Pergerakan Baju Merah tidak akan berdepan dengan peserta BERSIH esok kerana mereka akan sibuk dengan kerja kebajikan.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang menerajui pergerakan itu, berkata pihaknya akan bergotong-royong membantu penduduk kampung yang sedang diancam oleh air pasang besar yang dijangkakan esok.
“Esok gerakan (baju) merah V2 tidak akan menentang roadshow BERSIH 5 yang dikhabarkan akan berarak daripada Kuala Selangor ke Sekinchan kerana kami menumpukan kerja kebajikan untuk rakyat Sungai Besar dan Selangor bagi berhadapan dengan fenomena air pasang besar yang dijangka akan berlaku pada 15 hingga 19hb Oktober.
“Lepas tarikh itu kami akan sesah BERSIH kuning sampai...,” tulisnya di Facebook tanpa menghabiskan ayat itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena