Tuesday, 18 October 2016

[Video] Azmin Puji AMANAH, Tolak PAS Kerana Sekongkol Dengan UMNO & Kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih? Tak mau ka KERAJAAN BERSIH!

Selasa, 18 Oktober 2016


TUNTUTAN KEDUA #BERSIH5: Kerajaan Bersih
Keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi untuk membanteras korupsi telah menjunam, terutamanya dalam isu salah urus skandal 1MDB.

Korupsi yang berleluasa dan beterusan telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia melalui kenaikan kos sara hidup, GST, dan pemotongan belanjawan. Pentadbiran kerajaan yang bersih, telus, dan berakauntabiliti amat diperlukan.

Agenda Reformasi:
a) Kerajaan yang bersih meliputi:
b) Memulihkan pengasingan kuasa eksekutif, perundangan, dan kehakiman untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa
c) Disentralisasi kuasa eksekutif di semua peringkat, termasuk larangan terhadap Perdana Menteri untuk turut memegang jawatan Menteri Kewangan.
d) Deklarasi aset terbuka oleh Menteri-menteri dan penjawat awam kanan.
e) Pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk mengelakkan campur tangan yang tidak wajar
f) Mengukuhkan institusi seperti MACC, polis, dan lain-lain, dan memastikan Suruhanjaya-suruhanjaya penting bertanggungjawab terus kepada Parlimen
g) Menggubal dan melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat di peringkat negeri dan negara


Pit stop untuk aktiviti seterusnya di Parit Raja, Johor.

Mat Sabu tidak faham kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih 5

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak faham terhadap perubahan pendirian Pas yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 pada November depan.
Mohamad berkata, sewaktu beliau menjadi timbalan presiden Pas, beliau dilantik untuk menghimpunkan rakyat bagi menyertai himpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Bersih adalah anak saya dan semua pemimpin Pas hadir dan perubahan pendirian mereka itu saya tidak faham.

“Masa itu surat khabar Harakah isytihar semua ahli Pas kena hadir dalam himpunan Bersih jadi kenapa mereka buat perubahan kena tanya pihak mereka.

“Saya waktu itu timbalan presiden Pas adalah komander Bersih dan saya dilantik mobilisasi demokrasi antaranya untuk menyemarakkan fikiran rakyat untuk dapat pilihan raya adil.

“Biarlah mereka menjelaskan kenapa mereka buat perubahan (pendirian),” katanya kepada pemberita selepas satu sidang media di ibu negara hari ini.

Pas sebelum ini menegaskan parti itu tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan sebaliknya berkata parti itu akan menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Sementara itu, bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah dalam ucapannya di Shah Alam Ahad lalu berkata, ahli Pas wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 kerana ia adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai Bersih pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.
"Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan," kata Husam seperti dipetik Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena