Saturday, 1 October 2016

[Video] Husam Minta Rakyat Kelantan Sertai BERSIH 5.0 pada 19 Nov 2016..."Rakyat semakin susah".

Ahad, 2 Oktober 2016

Husam cadang gazetkan Zon Orang Asli untuk bela nasib mereka

Datuk Husam Musa (barisan tengah, tiga dari kiri) di pelancaran Bersih 5 Kota Bharu pagi tadi.

Datuk Husam Musa (barisan tengah, tiga dari kiri) di pelancaran Bersih 5 Kota Bharu.
Tentangan oleh Orang Asli terhadap kegiatan pembalakan di Gua Musang sepatutnya dijadikan asas untuk satu kajian impak sosial dan ekologi dijalankan segera.
"Jika kajian impak sosial mendapati kelangsungan hidup dan keselamatan sosial Orang Asli terjejas secara kritikal, kawasan berkenaan hendaklah digazetkan sebagai Zon Orang Asli dan mempertimbangkan pemberian hak milik tanah kepada mereka dengan syarat-syarat yang bersesuaian," kata Adun Salor, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.
Maklumat yang diterima beliau menunjukkan pertikaian ini antara lain melibatkan lesen DB 01-05-16 dan DB 01(P)-15-16, konsensi Kompleks Perkayuan Kelantan.
"Bagi kebaikan semua pihak, saya mencadangkan Kerajaan Negeri serta merta membekukan kegiatan pembalakan di kawasan berkenaan buat sementara waktu," katanya.
Dengan berbuat demikian katanya, bolehlah pihak Kerajaan Negeri melantik konsultan bebas menjalankan kajian Impak Sosial dan Ekologi kepada komuniti berkenaan untuk menilai samada kegiatan berkenaan boleh diizinkan semula atau memerlukan pengubahsuaian atau pembatalan.
"Pemimpin Kerajaan Negeri sendiri dalam situasi seperti ini perlu melawat kawasan terbabit, berdialog dengan komuniti terlibat dan jika perlu, membayar ganti rugi yang sesuai.
"Ini boleh membantu membuang kekeruhan dan pandangan negatif masyarakat Orang Asli kepada pihak-pihak tertentu secara keseluruhan," katanya.
Bagi Husam, Kerajaan Negeri dan agensi terbabit seharusnya sedar tanggung jawab sosial sewajarnya mengatasi pertimbangan komersil semata-mata.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena