Thursday 5 October 2017

[Video Tak pernah pun KJ (menteri belia) bersuara masalah PTPTN, GST & Gaji Anak Muda] Nasib Kakitangan Awam 200 orang jaga Najib seorang! Kenapa gaji di Malaysia RENDAH?

Jumaat, 6 Oktober 2017

Foto Rafizi Ramli.

Reformasi Perkhidmatan Awam Kembalikan Kemuliaan Penjawat Awam Di Mata Rakyat:
200 ORANG PENJAWAT AWAM JAGA NAJIB SEORANG
Dua hari lalu, Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada sekitar 5,000 pimpinan perkhidmatan awam dan penjawat awam di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) kononnya masa depan penjawat awam akan gelap jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14.
Kandungan ucapan Dato’ Seri Najib yang dilaporkan media antara lainnya membuat beberapa dakwaan (atau memberi makna):
i. Kakitangan kerajaan dan Barisan Nasional tidak dapat dipisahkan
ii. Sebarang kritikan ke atas Dato’ Seri Najib adalah kritikan ke atas kakitangan kerajaan
iii. Pakatan Harapan akan memecat separuh dari kakitangan kerajaan kerana beranggapan jumlah kakitangan kerajaan adalah terlalu ramai
iv. Pembangkang menuduh kakitangan kerajaan sebagai tidak cekap dan makan gaji buta
v. Ada pembangkang yang menghina kakitangan awam sebagai kucing kurap
vi. Jika kakitangan awam mengundi Pakatan Harapan, itu samalah seperti menggadaikan masa depan mereka

Walaupun dakwaan-dakwaan itu kasar, tidak benar dan murahan (maka tidak wajar ia datang dari seorang Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi), saya tidaklah terkejut kerana saya tahu Dato’ Seri Najib semakin terdesak. Beliau tahu bahawa sokongan kakitangan awam kepada Umno/Barisan Nasional tidak lagi jitu dan ada risiko besar sejumlah kakitangan awam akan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14 akan datang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Foto Rafizi Ramli.
GAJI ADIL
Sewajarnya paling kurang ada dua jenis kenaikan gaji yang berhak diberikan kepada pekerja tanpa mengira latar belakang pendidikan atau pangkat.
Pertama, kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja untuk menggalakkan lebih ramai pekerja mencapai mutu kerja yang menguntungkan syarikat atau organisasi.
Kedua, kenaikan gaji untuk mengimbangi kenaikan harga barang atau inflasi.
Jika majikan tidak memberikan kenaikan gaji kepada semua pekerja untuk mengimbangi kenaikan harga barang, ini bermakna gaji sebenar setiap pekerja akan berkurangan setiap tahun kerana nilainya berkurangan apabila harga barang telah naik.
Ini samalah seolah-olah gaji mereka telah dipotong walaupun mereka menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pekerja.
BERAPA KENAIKAN GAJI RAKYAT
Pekerja di Malaysia mengalami nasib malang kerana bukan sahaja gaji permulaannya (secara bandingan) dikira rendah berbanding dengan pekerja di negara yang ekonominya setara dengan Malaysia, pekerja Malaysia juga banyak terdedah kepada gejala paras gaji yang tidak berubah dari setahun ke setahun.
Perangkaan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan kenaikan gaji bersih rakyat Malaysia sekitar 2.6% (2015) dan 4.6% (2016) menggunakan kadar inflasi rasmi.
Jika diambil kira kenaikan harga barang yang dipercayai lebih tinggi dari kadar inflasi rasmi, besar kemungkinan pekerja Malaysia sebenarnya tidak mendapat sebarang kenaikan gaji bersih bagi tahun 2015 dan 2016.
Perangkaan dari firma perunding sumber manusia antarabangsa iaitu Korn Ferry Hay Group yang menunjukkan kadar kenaikan gaji bersih pekerja Malaysia bagi tahun 2016 adalah antara yang paling rendah bagi rantau ini dan dengan ekonomi yang setanding.
Malaysia – 2%
Thailand – 5.9%
Vietnam – 4.5%
Filipina – 3.5%
China – 4.2%
KENAPA GAJI RENDAH?
Ada banyak sebab kenapa gaji Malaysia kekal rendah.
Salah satu sebab utamanya ialah kadar kenaikan gaji bagi pekerja di Malaysia adalah rendah dari setahun ke setahun sedangkan negara-negara lain mencatatkan kadar kenaikan gaji yang lebih tinggi.
Ada beberapa dasar yang menyebabkan penggajian yang adil tidak menjadi agenda utama pentadbiran Barisan Nasional.
Pertama, keperluan menarik pelabur asing untuk membina industri perkilangan dalam dekad 1970an dan 1980an menyebabkan penggajian yang adil dilihat sebagai faktor-faktor yang boleh mengurangkan daya tarikan pelabur asing ke negara ini.
Maknanya gaji yang rendah adalah daya tarikan kepada pelabur asing.
Keadaan ini berterusan sehingga kini selepas empat dekad lalu mengakibatkan paras gaji purata (bagi sektor tertentu) di negara ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara yang dalam kategori ekonomi yang sama dengan Malaysia.
Apabila paras gaji purata bagi sektor ekonomi yang dominan (contohnya gaji pekerja di dalam sektor perkilangan yang menggunakan tenaga kerja yang tinggi) adalah rendah, ia turut mengheret gaji purata keseluruhan pekerja Malaysia.
Kedua, setelah Malaysia bertapak sebagai salah satu pusat perkilangan serantau yang menarik minat pelabur asing, ekonomi Malaysia perlu mengekalkan daya saing (dari segi rendahnya gaji dan kos buruh) agar pelabur sedia ada kekal dan pelabur baru terus datang.
Masalahnya, ini menyumbang kepada satu masalah baru iaitu kebanyakan peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah yang melibatkan kemahiran rendah dan kurang daya teknologi. Oleh kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah, hanya kerja-kerja begini yang dipindahkan ke Malaysia. Kerja-kerja yang mempunyai nilai teknologi mahal (maka bergaji mahal) dikekalkan di negara asal.
Pada awalnya, lambakan kerja berkemahiran rendah yang dihasilkan oleh dasar yang menyekat pertumbuhan gaji tidaklah mendatangkan masalah yang besar kerana ramai rakyat Malaysia mendapat pekerjaan bergaji. Ketika itu, mereka tidak begitu bimbang soal gaji yang rendah kerana mempunyai pekerjaan adalah lebih penting.
Namun, selepas beberapa dekad, kepesatan ekonomi negara bermakna harga barang semakin meningkat. Gaji yang dua puluh tahun lepas mencukupi kini tidak lagi mencukupi.
Selama beberapa dekad dasar kerajaan yang memberi galakan dan tumpuan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berkemahiran rendah ini menyebabkan negara kini berdepan kesukaran pula mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi yang boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Ketiga, keperluan untuk terus menggunakan tenaga kerja yang gajinya rendah (untuk mengekalkan daya saing dari segi kos buruh) menyebabkan kerajaan mula membenarkan majikan membawa masuk pekerja asing untuk mengisi kekosongan kerja.
Pada mulanya, ia terhad kepada sektor tertentu sahaja. Lama kelamaan, kebanjiran pekerja asing mula memasuki sektor-sektor pekerjaan yang sebelum itu mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja.
Di negara-negara lain, konsep asas pengambilan pekerja asing ialah apabila pekerja tempatan tidak berkemahiran atau tidak mencukupi bagi sesuatu pekerjaan.
Jika dua konsep asas ini dipadankan dengan sektor-sektor yang dibenarkan menggunakan pekerja asing di Malaysia, adakah ini bermakna:
Rakyat tempatan tidak mahu bekerja kilang?
Rakyat tempatan tidak boleh bekerja dalam projek pembinaan?
Rakyat tempatan tidak sesuai untuk bekerja di hotel-hotel?
Malangnya ekonomi kita sudah “ketagih” dengan pekerja asing kerana kos buruh yang dilihat lebih murah bila menggunakan pekerja asing.
Lambakan dan kebergantungan kepada pekerja asing menyebabkan gaji yang dibayar kepada pekerja secara puratanya adalah rendah. Gaji median pekerja di Malaysia diherotkan oleh gaji kepada buruh asing dan selepas beberapa dekad, gaji pekerja di Malaysia semakin ketinggalan berbanding negara-negara yang setara tahap ekonominya dengan Malaysia.
GAJI ADIL UNTUK RAKYAT
Kerajaan Persekutuan perlu campur tangan untuk memastikan kenaikan gaji bersih pekerja awam dan swasta yang memadai dengan nilai kerja mereka. Ini dapat dicapai dengan menggubal undang-undang yang mewajibkan pihak majikan, kesatuan sekerja dan Kerajaan Persekutuan sama-sama bersetuju menetapkan kenaikan gaji bersih yang perlu dipatuhi oleh kesemua majikan kerajaan dan swasta setiap tahun.
Saya cadangkan penubuhan Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara (“SPGN”) yang bertanggungjawab merundingkan kenaikan gaji tahunan untuk mencapai permuafakatan bersama di antara pekerja, majikan dan kerajaan.
Sama-sama perjuangkan gaji adil untuk rakyat, Jom Bina Semula Negara.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena