Tuesday, 4 September 2018

[Video BONGKAR! Mat Sabu-Pegawai SPRM KASTAM Terlibat Kes Bunuh Dibuang Dan Panggil Sirul Bongkar Altantuya Najib] Ho, ho, hooo MO1 tersiksa menanti kes 1MDB & kes bunuh Altantuya? Sambutan Ulangtahun ke-2 BERSATU.

Rabu, 5 September 2018

Image result for Foto altantuya
FMT.
MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya?
‘Malaysian Official No 1’ (MO1) pasti derita menanti apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan membuat pendakwaan kepada pihak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya. – Foto Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, MO1 dan mana-mana pihak yang terkait dalam skandal 1MDB atau dalam kes pembunuhan Altantuya Saaribu melalui penantian yang menyeksakan berbanding mengetahui hukuman yang bakal ditentukan hakim di dalam perbicaraan di mahkamah.
Beliau merujuk kepada tulisan seorang peguam senior Geoffrey Robertson di dalam buku bertajuk ‘The Justice Game’ yang berkongsi pengalaman mewakli anakguamnya yang sedang menunggu hukuman mati.
“Bila Tun di Indonesia, timbul isu orang di sana bertanya Tun bilakah MO1 akan didakwa?
“Saya dapat rasakan betapa ramai orang yang tak sabar nak lihat perkara itu.. orang kata ‘history in the making’ (sejarah sedang berlaku).
“Dalam buku ‘The Justice Game’ penulisnya berpendapat mana-mana penjenayah yang disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman mati hakikatnya mereka jauh lebih tertekan dan sengsara menanti saat perlaksanaan hukuman mati dijalankan dari tertekan menerima berita hukuman itu buat kali pertama semasa ianya diumumkan oleh hakim.
“Saya dok rasa begitulah yang mungkin kini dirasai oleh MO1 dan mungkin isteri beliau dan mungkin juga pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan isu 1MDB atau kes pembunuhan Altantuya.
“Apabila Tun kata pihak yang ingin mendakwa MO1 sedang membuat persiapan yang rapi dengan menyediakan bukti yang benar kukuh bagi mendakwa MO1.
“Bagi saya, bila MO1 mendengar itu semua, ia mungkin jauh lebih menyiksakan dan memeritkan beliau dari pendakwaan dan perbicaraan kedua dua kes itu nanti. Mungkin lah…” ujarnya dalam kenyataan satu kenyataan hari ini seperti dilapor portal MalaysiaDateline. 
Mohamed Hanipa dipercayai memberikan pandangan terhadap kenyataan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang dipetik berkata, bekas Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak akan didakwa dimahkamah sedikit masa lagi.
Pihak berkuasa Malaysia kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 itu.
“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke Indonesia semalam. [KLIK SINI VIDEO UCAPAN TUN M]
Pada Jun 2017 lalu saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) setebal 251 halaman yang difailkan, menyebut bahawa isteri “Malaysian Official 1” (MO1) yang tidak dinamakan, diberi hadiah kira-kira AS$30 juta barang kemas oleh individu yang berkaitan dengan 1MDB, Jho Low.
Untuk rekod, Najib menafikan terbabit dengan alasan tidak tahu apa yang dilakukan Jho Low dan rakan niaga Asia Barat-nya dengan dana 1MDB manakala dalam kes pembunuhan Altantuya beliau pernah bersumpah di masjid bahawa dirinya tidak mengenali mangsa.
By
 Ana Ghoib 2018-06-30

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEDUA BERSATU, SABTU INI



Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu yang kini merupakan salah sebuah parti yang menjadi tunggak kerajaan  Malaysia Baru Pakatan Harapan akan merayakan ulang tahun kedua penubuhannya seperti maklumat berikut:-

Hari - Sabtu 8 September 2018

Masa - Bermula 7.30 malam

Tempat - Stadium Melawati, Shah Alam.

Perasmian akan dilakukan oleh Pengerusi Bersatu merangkap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga akan turut diadakan sepanjang hari di Stadium Melawati pada hari tersebut.

Jom beramai-ramai, jumpa di sana!! (ShahbudinHusin 04/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena