Tuesday 25 September 2018

[Video Tiada Sokongan Dari BN, Jika PAS Bertanding PRK PD] Ho, ho, hooo Hadi-Haram boikot pilihan raya! Huisss, SPRM cekup Azeez Rahim pulak & Bukan setakat Azeez Rahim, abangnya juga ditahan bantu siasatan rasuah di bawah Akta AMLA.

Selasa, 25 September 2018

Haram boikot pilihan raya - Hadi 

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menempelak golongan yang terbabit dalam kempen memulau pilihan raya atau merosakkan undi yang didakwa parti itu mungkin bersedia menjadi alat bagi memberi laluan mudah kepada musuh Islam dan negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan yang dianggap bodoh dan jahil itu mendedahkan kepada pilihan yang merosakkan negara dan rakyat, sama ada secara bersendiri atau mengundang campur tangan asing untuk menjajah semula.
Sambil menyifatkan haram bagi umat Islam terbabit dengan agenda memulau pilihan raya atau merosakkan undi, beliau berkata tindakan itu adalah jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada yang lebih baik sama ada menjadi pemerintah atau pembangkang yang menasihati.
"Haram bagi umat Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosak undi kerana menarik diri daripada menjadi teras kepimpinan umat yang wajib demi menegakkan Islam dalam pemerintahan negara.
"Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi antara dosa paling besar. Perkara inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam di dalam negara atau di luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
BH Online

SPRM cekup Azeez Rahim

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap anggota parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan seorang abangnya.
Sumber SPRM berkata mereka berdua ditangkap awal hari ini.
Setakat laporan ini ditulis, masih tidak jelas kenapa tangkapan itu dibuat.
SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan dalam masa terdekat.
Azeez menjadi perhatian ramai selepas serbuan SPRM di hartanah yang dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.
Serbuan itu dibuat selepas SPRM mendapat bos baru yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan.
SPRM merampas RM500,000 wang tunai dan jam tangan mewah.
Azeez menjelaskan wang tunai yang dirampas adalah milik Umno bahagian.
Beliau juga berkata sebahagian daripada jam tangan mewah bukan barangan tulen.
Azeez melepaskan jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji di tengah-tengah kepanasan isu itu.
Mk.

Azeez Rahim, abang ditahan bantu siasatan rasuah syarikat kontraktor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan jam 11.15 pagi selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.
Abangnya, Abdul Latif yang juga pengurus besar sebuah syarikat ditahan di Sungai Buloh, 15 minit selepas itu.
Sumber memberitahu BH, difahamkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek.
Siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
SPRM pada Mei lalu pernah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta dan barang perhiasan termasuk emas di beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan Abdul Azeez.
Serbuan itu ada kaitan mengenai siasatan berkenaan satu projek seliaan TH.
Dalam serbuan itu, sepasukan pegawai SPRM menyerbu empat lokasi termasuk dua kediaman Abdul Azeez di Sunway dan Baling serta pejabat TH serta Pejabat Kelab Putera 1Malaysia, di sini.
Wang tunai Ringgit Malaysia yang dirampas dipercayai sejumlah RM500,00 dan selebihnya adalah mata wang asing bernilai kira-kira RM500,000.
Antara mata wang asing dari negara seperti Britain, Vietnam, India, Korea Utara, UAE, Mesir, Eropah, Sri Lanka, Syechelles, Somalia, Myanmar, Afrika, Pakistan dan Qatar.
BH Online.

1 comments:

Unknown said...

Camna pulak dgn ex menteri bn? Kalo macai biasa dah ada cash 1 juta & barang2 kemas yg beribu2. Dah tentu yg lbh tinggi, lg banyak cash.

Si mamat ni kata ada jam itu jam tiruan. So caj juga atas mwmbeli & menyokong barangan tiruan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena