Wednesday 26 September 2018

[Video TUN DR MAHATHIR - Kehadiran beliau di PBB ke-73 DINANTIKAN 28/9 11 pm] Bila Bang Mat berseloroh! SU Pertahanan Amerika James Mattis pun ketawa besar & INGATAN KEPADA TUN MAHATHIR demi kebaikan PH seluruhnya.

Khamis, 27 September 2018

Foto Otai BERSIH.
Bang Mat kata.. When I look my hand... 
I see your face.. Mana gila ko tak gelak.. πŸ˜‚

(Dacsee Sabah - dialog lawak aje)

Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Saya setuju dengan tulisan di bawah ini. Ramai lagi pejuang-pejuang dulu yang pasti nya juga setuju.

INGATAN KEPADA TUN MAHATHIR - JANGAN TAK DIBERI APA-APA KEPADA ORANG POLITIK

Selepas beberapa lantikan daripada kalangan profesional untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC sebelum ini, hari ini dua lagi perlantikan diumumkan iaitu di MARA dan Perbadanan Stadium Malaysia.

Bagi jawatan Pengerusi MARA, nama yang diumumkan ialah Dr.Hasnita Hashim daripada Maybank, manakala Tony Fernandes, tuan punya syarikat penerbangan Air Asia dilantik mengetuai Perbadanan Stadium Malaysia.

Sebagai memenuhi janji manifesto PRU14, meskipun masih ada lagi janji 100 hari yang belum ditunaikan, tidak mustahil selepas ini semua agensi kerajaan dan GLC akan turut diketuai oleh golongan profesional belaka.

Lalu, apa jadi kepada pejuang-pejuang politik yang bertungkus-lumus memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya yang lalu?

Wajarkah mereka diketepikan begitu saja, manakala yang tidak menyumbang apa-apa terus diberikan ganjaran serta habuan?

Lebih sadis barangkali, Tony Fernandes yang kita semua tahu telah berkempen secara terang-terangan untuk Najib Razak dan BN, turut juga diberikan jawatan dalam kerajaan?

Apa sudah jadi?

Bolehkah dalam kesibukan beliau menguruskan AirAsia dan perlu terbang ke banyak negara, dalam masa yang sama memberi tumpuan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, Tony Fernandes juga dilaporkan masih mempunyai hutang tertunggak berjumlah ratusan juta dengan Malaysia Airport Berhad atau MAB sekarang ini.

Lihat betapa untungnya beliau, orang lain lain kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan, bukan saja jangan harap hendak dapat apa-apa jawatan, bahkan nama juga akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Bersama lantikan Dr. Hasnita itu, turut diumumkan ialah perlantikan enam ahli majlis MARA yang kononnya semua daripada kalangan profesional juga.

Tetapi, daripada enam nama itu tersenarai pula nama Dr. Nungsari Ahmad Radzi, bekas Ahli Parlimen BN Balik Pulau, Pulau Pinang daripada tahun 1995 hingga 1999.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan telah pun mengumumkan perlantikan Dr. Nungsari sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia atau Mavcom.

Kalau kerajaan PH tak mahu beri jawatan kepada orang politik dalam agensi dan GLC, kenapa bekas Ahli Parlimen dan orang politik BN senang-senang diberikan jawatan?

Apakah Dr.Nungsari terlalu istimewa di mata kerajaan PH sampai dua jawatan diperolehi dalam tempoh tidak sampai 4 bulan?

Apakah di dalam PH sendiri tidak ada bekas menteri atau bekas Ahli Parlimen yang layak untuk mengetuai mana-mana agensi dan GLC?

Sampai bila sebenarnya kerajaan PH mahu mengenepikan orang-orang politik?

Terlanjur Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan bahawa manifesto bukannya kitab suci, perkara pertama yang mesti beliau lakukan ialah mengingkari ketetapan bahawa tiada lantikan politik sebagaimana yang terkandung dalam manifesto itu.

Kandungan manifesto itu bukan saja tidak adil kepada mereka yang pernah mengeluarkan peluh, darah dan sanggup bermalam di penjara untuk menumbangkan BN, malah merbahaya kepada masa depan PH sendiri.

Jika orang politik tidak diberikan apa-apa, siapakah yang mahu meneruskan perjuangan selepas ini?

Mahu dan mampukah kalangan profesional ini mempertahankan kerajaan PH dalam pilihanraya akan datang?

Lebih daripada itu, jika alasan kononnya lantikan politik itu akan mendedahkan mereka kepada campurtangan dan mungkin mengambil kesempatan dengan jawatan yang disandang, maka ada baiknya kerajaan PH meminda saja perlembagaan agar menteri dan timbalan menteri juga hendaklah dilantik bukan daripada kalangan ahli politik seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat misalnya.

Bukankah, jika campurtangan dan mengambil kesempatan dengan jawatan dalam kerajaan mahu dijadikan ukuran, mereka yang menjadi menteri dan timbalan menterilah paling terdedah sekali untuk berbuat demikian?

Untuk itu, sebelum perkara ini menjadi rungutan yang kian membarah sehingga ke bawah, Tun Mahathir perlu segera mengkajinya dan memberi peluang sewajarnya kepada orang-orang politik dalam PH sendiri untuk memegang jawatan-jawatan tertentu dalam agensi kerajaan dan juga GLC.

Jangan diketepikan terus orang politik, merekalah yang berjuang dan memenangkan Pakatan Harapan. Untuk mengekalkan kemenangan PH di masa akan datang, merekalah juga orangnya.

Sebaliknya, orang profesional ini, baik sama ada PH atau BN yang memerintah, mereka biasanya pandai membawa diri, malah ramai yang sanggup bermuka-muka dan mencium tangan pemimpin yang sedang menguasai kerajaan.

Dalam hal ini, bukanlah bermakna semua orang politik PH perlu diberikan jawatan. Tetapi, tidakkah dalam PH sendiri ramai kalangan yang berkelayakan, berkelulusan, bertaraf profesional sebelum mereka menceburi politik, bekas Ahli Parlimen dan bekas menteri?

Kenapa tidak diberikan jawatan kepada mereka itu?

Pokoknya, jika ingin kerajaan PH kekal lama dan terus kuat, mengabaikan perlantikan daripada kalangan orang politik adalah keputusan yang silap, silap dan silap.

Ia perlu diperbetulkan dengan segera sebelum terlambat.

** Seruan dan ingatan ini memang ditujukan kepada Tun Mahathir, tetapi jika beliau terlalu sibuk, diharap Tun Daim Zainuddin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dapat sama menelitinya dan kemudian menyampaikannya kepada Perdana Menteri demi kebaikan PH seluruhnya.

Petikan tulisan (ShahbudinHusin 26/09/2018)

1 comments:

azhar rangkuti said...

Boleh mintak Tony & krew Air Asia gantung baner & pacak bendera dlm PRU akan datang

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena