Kalau setakat buat penafian boleh tahan lagi.
Ini dah la nafi, malah menuduh orang lain pula buat fitnah, kata orang lain pengkhianat Islam, dan mendoakan agar Allah menurunkan bala dengan segera
Allahu Ustaz Nik Mohamad Abduh, ustaz tulislah novel 5000 muka surat pun untuk membenarkan tindakan Ustaz tu..Tapi yg hanya Ustaz mampu bodohkan hanyalah walaun pentaksub buta, kami yang berakal waras ni masih belum terpana dengan kata-kata pujangga Ustaz tu..Bak kata Abraham Lincoln, "You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time." Kah3~~
Boleh bercakap dengan CIA & CIA Amerika sentiasa berhubung dengan Nik Abduh?
Menurut Nik Abduh Presiden parti ana bagi restu Nik Abduh menipu sebelum ni?
Nik Abduh: Hadi restu saya nafi rakaman audio
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini.
Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat selepas pimpinan PAS berkeras agar beliau berbuat demikian.
Nik Abduh juga berkata keputusan untuk menafikan rakaman audio yang tular sekitar Mac tahun lalu itu mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
"Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya.
"Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka.
Malaysiakini.
2 comments:
ELOK BENARLAH PENIPU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK.
nak buat mcm mana, ketua depa dah keluaq fatwa bahawa jika bocorkan perkara perkara mungkar yg dibuat secara tertutup maka orang itu adalah pengkhianat. wala' wala' wala'..maka last last jadilah walaun
Post a Comment