Friday, 15 February 2019

[Video AKAUN PUN KENA BEKU! Main Air Liur Boleh laa] Baling batu sembunyi tangan, bila terdesak..hulur tangan semula? 'Malam yg Kebingungan' Majlis Pembubaran team Lawan Jebon & Malam amukan Abduh.

Jumaat, 15 Februari 2019

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman
Kami Viral
Alhamdulillah...betapa hormatnya Hj Hadi kpd Mahathir. Ye la....apa tidaknya...Mahathir bg layanan istimewa kepadanya dan negeri Terengganu. ROYALTI diberikan tanpa banyak masalah. Bagusnya Tun Mahathir.. Tapi ada lagi jenis gong kata ph sama dengan kerajaan kleptokrasi dulu...
Kongsian
Dahlan Yusof Baling batu sembunyi tangan...bila terdesak...hulur tangan semula...



Saksi hidup menceritakan saat-saat Nik Abduh mengamuk dalam majlis tertutup Ana Tahu di Puchong.
Edisi bonus (tiada dalam rakaman) oleh Nik Abduh "kalau anta (Us Zaharudin menantu) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (Nik Abduh) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, Nik Abduh angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan....
Ini yang berlaku pada malam rakaman audio Nik Abduh
 
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belakangnya dan tujuan pertemuan tersebut.
Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.

Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).

Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.

Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team “Lawan Jebon” daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.
Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.

Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.

Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.
Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.

Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.
Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, “kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO”. Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.

Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.

Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.

1 comments:

nick said...

Adakah pak2 lebai karut ni percaya pembohongan dan pendustaan mereka jika dilakukan ketika berjubah dan berserban tidak akan didedahkan oleh Allah SWT? Inilah dia sifat dan rupa sebenar team yang menjulang Hj Hadi. mereka ni semua bertopeng agama dan berpura2 alim tetapi sebenarnya adalah jelmaan puak Khawarij yang sangat digusarkan oleh Rasulullah SAW dulu. Puak khawarij sudah muncul dan umat islam mesti mengenal pasti puak2 ini dengan ILMU bukan taksub melulu kerana hanya yang jahil setra taksub membabi buta akan menyebabkan mereka tertipu. Puak2 ini akan melakukan kemungkaran dan mereka akan menghalalkan kemungkaran itu dengan memutar belitkan alquran dan hadis. Hanya yang berilmu sahaja tidak akn tertipu dengan anasir khawarij ini.

Nick.
Cape Tiger.

P.s - ingatlah bahawa dizaman sahabat dulu, puak2 khawarij ini sanggup mengkafirkn para sahabat sendiri termasuk para sahabat yang Rasulullah SAW sendiri jamin sebagai ahli syurga. Maka apalah sangat bagi mereka untuk mengkafirkan umat islam di Malaysia ni yang tak sehaluan dan tak taksub kepada mereka.

Nick.
cape Tiger.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena