Sunday 3 February 2019

[Video KERAJAAN GAGAL OPTIMUM Jentera Inforasi Rakyat] PRK Semenyih medan harimau terluka.

Ahad, 3 Februari 2019
「Gambar pemimpin Pakatan Harapan setelah kalah Cameron Highlands」的圖片搜尋結果

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk dan teks

PRK Semenyih medan harimau terluka

 Kemenangan di Cameron Highlands adalah saat yang mengujakan bagi BN. Semangat parti itu dikatakan semakin membara. Pada 2 Mac nanti, kerusi DUN Semenyih pula diimpikan bakal ditawan BN.
Kemenangan di Semenyih perlu bagi BN untuk mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu semakin kuat. Sekurang-kurangnya boleh mengubat duka dan menjadi katalis untuk menjulang semula moral parti itu selepas terlucut kuasa pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Namun perlu diingat, tugas untuk merampas kerusi Semenyih bukan semudah seperti yang disangka. Semenyih bukan Cameron Highlands. Walaupun PAS pernah mendapat hampir 7,000 undi pada PRU lalu di situ, namun itu bukan jaminan undi rakan kongsi politiknya itu akan masuk penuh ke saku parti itu. Jika BN terlalu yakin, parti itu akan berdepan kesilapan yang amat besar.
Pakatan Harapan (PH) telah banyak belajar daripada kekalahan di Cameron Highlands. Sudah tentu parti pemerintah itu akan berusaha untuk menangguhkan impian BN kali ini.
Walaupun BN akan dibantu oleh PAS, namun PH pasti bagaikan harimau yang terluka. Garangnya tidak boleh diduga. Apatah lagi gelanggang kali ini mungkin berbentuk lebih daripada tiga penjuru.
Para pemimpin PH tentunya tidak mahu memupuk garam ke pangkal luka. Kekalahan di Cameron Highlands memberikan mereka pengalaman yang amat memeritkan. Ia bak mimpi yang mengerikan.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Senang je kalau PH nak menang pilihanraya samada PRU 15 atau PRK. Pertama, hapuskan TOL dalam masa 1 tahun ini. 2. Kesemua2 penyangak2 dan penyamun2 yang sudah terkumpul bukti2nya cepat2 didakwa, dibicara dan setelah dibukti bersalah terus di hantar ke penjara dan ini termasuk2 mana2 adun dan MP yang dah baham duit 1mdb. 3. menteri2 yang mandul lagi mati pucuk, mesti diganti sewaktu DSAI mengambil alih jawatan PM. 4. yang paling penting sekali, DSAI dijadikan PM ke 8 setelah 2 tahun Tun memegang jawatan. Secara ringkasnya formula untuk PH menang semua pilihanraya ialah "TUNAIKAN JANJI2 YANG BESAR SERTA MERTA, sementara janji2 yang kecil tu bolehlah di buat secara beransur2!

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena