Sunday, 3 February 2019

[Video Nik Abduh jadi egen siapa dalam Pas?] Hadi tarik balik saman TANPA SR PERLU MEMOHON MAAF! Di manakah maruah Pas? Adakah telah berada dalam tong sampah? Bermula hari ini "Aku keluar dari Parti PAS".

Isnin, 4 Januari 2019



Image may contain: 1 person, smiling, text
Image may contain: text
Image may contain: 2 people, text
Tumpang sekole.

LUAHAN HATI SEORANG AHLI PAS YANG KECEWA

Abdul Karim B Abdul Razak nama ku. Usia ku sudah 57 tahun. Aku menjadi ahli PAS hampir 35 tahun lamanya. 
Aku berjuang di dalam PAS dari anak teruna & hingga sekarang yang sudah mempunyai sepasang cucu. Ada juga rakan2 seperjuangan ku yang telah pun meninggal dunia. 

Aku antara orang yang bertangung jawap membuka markas PAS di kampung ku, masa itu aku belum berkahwin lagi. 

Bukan kerja yang mudah untuk membuka cawangan di kampung yang dipenuhi oleh ahli2 UMNO. 

Apa lagi bapa saudara ku seorang ketua cawangan UMNO di dalam kampung yang kami tinggal bersama. 

Bab cerita dipulau, disingkirkan dari segala bagai bantuan dari kerajaan itu memang pekara biasa. 

Aku berjuang didalam PAS bersama dengan sekelompok kecil rakan2 di dalam kampung. 

Kami tubuhkan cawangan PAS dengan wang sendiri, usaha sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan dari pihak Parti. 

Bagi aku, itu bukan masalah besar di dalam perjuangan Islam. Berpuluh tahun aku di dalam PAS, kami sentiasa diberi semangat perjuangan jihad menentang kemungkaran yang dibawa oleh UMNO. 

Sepuluh tahun berlalu, semakin ramai anak2 kampung mulai menyertai PAS di kampung ku. Aku bersyukur kerana ada ahli UMNO di kampung ku menyertai PAS yg aku bina dengan kawan2 yang seangkatan dgn ku. 

Walau pun kami tidak mempunyai ahli yang ramai, tapi semuanya ikhlas di dalam perjuangan untuk Islam. 

Aku memang aktif di dalam PAS... Setiap ceramah yang jauh & dekat akan aku hadiri. Selama berpuluh tahun aku mendengar ceramah dari pemimpin2 PAS, belum pernah aku dengar UMNO baik untuk Islam. 

Kami ahli2 PAS diberi semangat & jangan sesekali untuk berputus asa melawan UMNO yg zalim, penipu, pencuri, rasuah & tolak Islam. 

Jika UMNO jatuh, itu adalah kemenangan umat Islam di Malaysia. Zaman berubah begitu cepat... Aku pada mulanya memang tidak dapat menerima & seperti tidak percaya, kerana pucuk pimpinan PAS bersama Tok Guru mahu kami membantu UMNO. 

Alasannya untuk Islam, sedangkan sebelum ini, kami dididik UMNO tolak Islam. Mahu tidak mahu, kami tetap wala dengan Tok Guru. 

Sebelum PRU-14... Tamparan hebat kami mendapat khabar... Tok Guru terima RM 90 juta dari Najib. Kini aku merasa lega... 

Rupa2nya Tok Guru difitnah oleh musuh2 politiknya. Aku sangat yakin Tok Guru difitnah, kerana Tok Guru berani bertindak dengan menyaman Editor SARAWAK REPORT, itu satu bukti satu kebenaran dari tindakan Tok Guru. 

Kami dirayu untuk menderma kepada Tok Guru yang mahu saman SR. 

Atas semangat Islam, atas semangat derma itu Jihad... Aku menderma RM 1,000. Aku bukan nak menunjuk2, walau pun RM 1,000 cukup besar untuk keperluan keluarga ku. Akhirnya Tok Guru dapat juga saman SR. 

Di hujung tahun 2018... Tok Guru merayu lagi untuk menderma kali kedua untuk lunaskan yuran guaman yang sangat tinggi di London. Kebetulan, aku baru menjual dua ekor lembu peliharaan ku yang sblm ini ada lima ekor. 

Hasil dari wang jual lembu RM 6,000, aku dermakan sebanyak RM 2,000, bagi aku... Pemfitnah mesti diajar & dihukum. 

Keluarga aku mereka juga ikhlas dalam perjuangan jihad. Semalam aku sangat kecewa apabila mendapat tahu, Tok Guru menarik balik saman terhadap SR. 

Persoalannya, kenapa perlu tarik balik saman tersebut... Soal wang bukan masalah, kerana ratusan ribu RM berjaya dikutip dlm masa dua minggu. Kini aku rasa tertipu dgn Hj Hadi Awang & aku yakin, RM 90 juta yang dikaitkan dgn Hadi adalah benar. 

Aku tidak kisah jika RM 90 juta yang diberikan Najib itu digunakan untuk PAS, tapi sebaliknya, ramai pemimpin PAS di peringkat pusat, berkereta mewah, mampu memiliki rumah besar dgn sekelip mata. 

RM 90 juta kamu berbahagi dengan orang2 kanan kamu & kami penyokong PAS dirayu pula untuk menderma untuk biayai saman SR...

Jadi aku sudah tidak yakin... Kerjasama dgn UMNO untuk Islam & Melayu seperti mana dikatakan oleh Hadi Awang, hakikatnya kerjasama itu untuk kepentingan dan mencapai cita2 peribadi. Untuk Melayu & Islam hanya alasan untuk mengaburi mata hati kami... 

Dengan lafas BISMILAHIROHMALNIROHIM dengan ini... Aku keluar dari Parti PAS. 

Berpuluh tahun aku ditipu & buang masa sambil diperbodohkan oleh pemimpin2 PAS yg mempergunakan Islam untuk cita2 peribadi.
Posted by 

1 comments:

nick said...

Membaca keluhan ahli PAS yang kecewa sehingga bertindak keluar parti itu, aku simpati tetapi dalam masa yang sama berasa sedih dan terkilan ramai umat2 islam didalam PAS sudah terpesong dan tercemar prinsip dan moral mereka. Bayangkanlah ahli2 PAS tidak kisah langsung jika PAS mengambil duit UMNO dan kononnya digunakan untuk parti (mereka marah kerana pemimpin2 dok membaham duit tu sendiri). Itu adalah satu kenyataan jelas bahawa prinsip2, moral dan islam ahli2 PAS banyak yang sudah rosak. Sebagai parti islam yang berseteru dengan UMNO demi menegakkan Islam, sangat buruk dan tercela jika mereka tidak kisah kalau mereka menerima duit UMNO itu. Ianya satu percanggahan nyata dengan ajaran Islam. Mustahil kedua2 pihak itu berseteru kalau salah satunya menerima duit dari pihak yang lain. Ia sedikit sebanyak membuka ruang untuk korupsi prinsip malah korupsi perjuanagan jika ia berlaku. Cuba kita banyangkan kemungkinan gerakan Intifadah Palestin menerima duit dari pihak zionis Israel, adakah ia dibenarkan dan tidak menggugat prinsip perjuangan mereka kerana "cash is king"? Subhanallah, ia tidak mungkin dan Allah serta Rasulnya menolak pendirian itu. Ahli2 PAS perlu menilai iman serta prinsip2 yang mereka pegang kerana jika mereka merasakan bahawa adalah halal dan tidak bercanggah dengan prinsip serta moral mengambil duit dari musuh yang besar sekali dari hasil curi ataupun syubhah, sesungguhnya itu adalah sangat menyimpang dari seruan "amar maaruf dan nahi mungkar". Wahai ahli2 PAS! Bermuhasabahlah! Jangan dok sibuk menghukum orang2 bukan Islam sebagai ahli neraka sedangkan diri kamu sendiri telah dipalit dengan noda penyelewengan dan kerosakan prinsip serta terpengaruh dengan konsep "cash is king".

Nick.
Cape Tiger.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena