Sunday 3 February 2019

[Video Sah Pas Terima Duit Umno & Audio Nik Abduh Tulen] Nik Abduh mengaku Pas ambil duit Umno (audio) & Pas mungkin kutip derma lagi.

Ahad, 3 Februari 2019

Nik Abduh mengaku pas ambil duit Umno...audio.


Image may contain: 1 person
No photo description available.

PAS mungkin kutip derma lagi

Walaupun kes saman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown diselesaikan di luar mahkamah, parti itu tidak menolak kemungkinan memerlukan bantuan ahli dan penyokong bagi menampung kos guaman yang tertunggak.
Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah akhir kos yang diperlukan tetapi menjangkakan dana parti tidak mencukupi.
"Kita ada kos setiap bulan sepanjang kes berjalan, pengurusan kes juga kita perlukan kos. Ya kalau ikutkan macam itulah (minta derma).
"Sebab itu yang kita katakan bahawa dana PAS ini ada di tangan ahli bagi mereka sedar. Jadi bila tiba masanya dan ada keperluan kita akan sentiasa minta daripada ahli," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS masih perlukan dana untuk menampung perbelanjaan kos guaman kes tersebut.
Penyelesaian luar mahkamah berkenaan adalah berhubung kes saman fitnah yang difailkan Abdul Hadi pada 2017 susulan laporan yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
Kenyataan media Setiausaha Politik presiden PAS semalam memaklumkan penyelesaian luar mahkamah itu termasuklah penarikan balik tuntutan Abdul Hadi terhadap Clare. Begitu juga tuntuan balas Clare terhadap Abdul Hadi. 
Dengan penyelesaian itu, Clare berkata artikel yang disiarkan laman Sarawak Report yang menjadi pertikaian itu kekal dan tidak ditarik balik.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Mengikut amatan aku, duit tabung parti PAS ni cukup je utk tampung kos guaman utk saman SR tu tapi jika digunakan duit tabung tu bermakna elaun2 dan duit2 upah yang dinikmati oleh pimpinan2 atasan PAS mungkin tertangguh ataupun dikurangkan. Tu yang dok sibuk kerah ahli utk derma tu. Ya lah kalau ahli2 dikerah untuk derma bagi membayar duit elaun dan duit saguhati serta perbelanjaan utk Hj hadi and geng, walaun2 pun mungkin berat sikit nak seluk poket lagi2 tak boleh lah nak kuar fatwa kononnya duit derma yang masuk poket pimpinan PAS tu boleh jadi kunci nak masuk syurga. TAPI, kalau di uar2kan dan dirayu kepada ahli2 agar membantu parti demi menyaman SR, berduyun mat2 jubah bagi derma kononnya itu kerja islam, infaq hari akhirat dan ada bukti kononnya nanti yang boleh diberikan kpd malaikat utk dapat masuk syurga. Itu lah kerja Hj hadi and geng, asyik2 memperdayakan ahli2 mereka yang kebanyakannya jahil serta kurang kecerdikan untuk menganalisa serta menilai sesuatu perkara! Aku hanya boleh simpati je kat orang2 melayu ni yang lemah dan kurang serba-serbinya. Jika ahli2 lemah akal dan kurang ilmu, adakah mampu untuk menjulang Islam dan melayu? Adakah bila umat sendiri tak mampu dan lemah untuk menjulang Islam, itu semua akan dipersalahkan dan diomokkan sebagai kerja musuh2 islam aka non muslim?

Nick.
cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena