Kami Viral
Masa Ustaz Nik Omar diumum sebagai calon PH pada PRU lepas, kau tengok macam mana 'palat'nya Nik Abduh punya respon. Habis segenap sudut dia balun abang dia. Anak derhaka, air mani terbuang hina apa bagai.
Hari ni bila Nik Abduh dilanda 'musibah' akibat kebodohan sendiri, Ustaz Nik Omar sikit pun tak respon.
Sekalipun lahir dari ibu dan ayah yang sama, itulah perbezaan akhlak antara 2 beradik. Jangan sampai aku umpakan seperti Habil dan Qabil. Kadang² rasa mcm sedap jugak nak menunggang dalil ni. Kahhhhhhhh
Netizen ‘troll’ Najib
“Troll” Najib Razak yang menyasarkan kerajaan Pakatan Harapan bertukar menjadi “senjata makan tuan” apabila netizen bertindak “menyerang” akaun Twitter bekas Perdana Menteri itu.
Najib menerusi ciapan di laman sosial miliknya berkata “RM50 tak penuh troli pun” sambil memuat naik gambar beliau memegang troli di sebuah pasar raya.
Bagaimanapun, ciapan berkenaan menjadi bahan jenaka netizen yang mencipta pula “troll” dengan ayat yang lucu serta menyinggung cara Najib mentadbir negara sebelum ini.
Seorang pengguna Twitter @Sultan Melaka menjawab ciapan berkenaan:
“Hang beli quinoa memang la mahal, tak penuh troli.
“Tapi masa dulu hang ada RM2.6 bilion mesti la penuh troli. Kah kah kah”
“Tapi masa dulu hang ada RM2.6 bilion mesti la penuh troli. Kah kah kah”
Najib sewaktu masih Perdana Menteri dan ketika seni ‘troll’ sangat asing buat dirinya, mendedahkan bahawa beliau tidak makan nasi tetapi quinoa, iaitu sejenis bijiran mahal yang berharga sekitar lebih RM500 untuk 10kg.
Seorang lagi pengguna Twitter, @luf_kin berkata:
“Dari zaman kau dulu RM50 troli tak penuh lahai”
Pengguna Twitter @bumilangit pula memuat naik foto rampasan barangan dari hartanah yang dikaitkan dengan Najib tahun lalu.
“Shopping kat Tesco memang la tak penuh troli, bossku. Beli la Birkin, Bijan, barulah melimpah limpah troli, bosku..,” katanya.
Birkin dan Bijan adalah jenama beg tangan mewah yang dirampas pihak berkuasa.
Najib ketika ini dikenakan lebih 40 pertuduhan di Mahkamah atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang.
Pengguna Twitter juga menulis #PencuriKu #TakTahuMalu pada ciapan berkenaan.
Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) selepas gabungan itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
BN meninggalkan legasi hutang yang besar iaitu dianggarkan mencecah RM1 trilion.
Walaupun menghadapi situasi kewangan yang mencabar, kerajaan PH tidak meminggirkan rakyat yang memerlukan.
Menerusi inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH), kerajaan PH telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi fasa pertama program tersebut yang memanfaatkan 4 juta isi rumah. – Roketkini.com
1 comments:
Mmg bebeza nik omar dgn nik abedoh. Sb parti x sama. Yg satu parti sesat ( spt org umno kata ) yg satu lagi parti rakyat.
Post a Comment