Wednesday 5 November 2014

Cuti Umum Perak 27 November 2014 dibatalkan! Jadual SPM diteruskan tiada pindaan...

Rabu, 5 November 2014

Cuti Umum Perak 27 November 2014 Dibatalkan!

Cuti umum Perak pada 27 November 2014 telah dibatalkan! Dan kerana ini, jadual peperiksaan SPM 2014 yang sebelum ini ada pindaan dan perubahan kekal. Saya ada berkongsi informasi mengenai jadual peperiksaan SPM pada 27 November 2014 dipinda tarikh ke 4 Disember seperti dalam satu pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah terbabit.

Dan pihak kementerian telah mengeluarkan satu lagi surat pekeliling membatalkan pindaan atau perubahan tarikh peperiksaan SPM pada 4 Disember; dan dikekalkan pada 27 Disember 2014 seperti di dalam jadual asal SPM tahun 2014.

Cuti umum Perak yang sebelum ini telah diumumkan dan dimaklumkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Perak telah dibatalkan menerusi satu surat pekeliling bertarikh 31 Oktober 2014. Surat tersebut telah dikeluarkan di Fanpage Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 3 November 2014.

Surat cuti umum negeri Perak 27 November dikeluarkan adalah untuk cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.


Maka, dengan itu, surat pentadbiran kerajaan negeri Perak bilangan (41) yang dikeluarkan dan bertarikh 5 September 2014 telah dibatalkan.





Disebabkan ini juga, tarikh peperiksaan SPM 2014 yang asalnya pada 27 November, dan kemudian dipinda pada 4 Disember juga dibatalkan, dan kekal pada tarikh asal 27 November 2014 seperti yang telah diterbitkan dalam jadual peperiksaan SPM 2014.

Cuti umum negeri Perak pada 27 November 2014 dibatalkan kerana kerajaan negeri Perak telahpun mengambil cuti pada 19 April 2014 untuk sebab yang sama - Hari Keputeraan Sultan Perak. Oleh itu, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, telah ditetapkan dan dipersetujui bahawa tarikh demikian iaitu 27 November 2014 sebagai cuti umum keputeraan Sultan Perak dibawa pada tahun hadapan, walaupun yang dirai adalah individu berbeza.

Boleh semak di laman FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Baca Selengkapnya - Cuti Umum Perak 27 November 2014 Dibatalkan! http://www.hasrulhassan.com/2014/11/cuti-umum-perak-27-november-2014.html#ixzz3ICRu04ro
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena