Friday, 26 October 2018

[Video LOMPAT YB Song: Comedy Court - October 2018] PULAK DAH, RM2.6b tiada kena-mengena dengan Arab Saudi! Najib FENING (pening)? Pembela, penyokong dan pengampu Najib juga PONING (pening)! Ana (tau lah) pulak boleh pitam.

Sabtu, 27 Oktober 2018

Sah PAS Terima Duit UMNO & Audio Nik Abduh Tulen!

Nik abduh mengaku pas ambil duit umno...audio.

PULAK DAH....


Dulu Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ini pernah mengaku wang RM2.6 bilion yang diterima Najib Razak adalah datang daripada negaranya, Arab Saudi.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

“Kami juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu ini telah ditutup,” kata Adel Al-Jubeir sebagaimana kenyataannya pada 15 April 2016 lalu.
Tetapi, hari ini ketika berkunjung ke Malaysia, nada kenyataan Adel Al-Jubeir nampak jauh berbeza.

Adel Al-Jubeir dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia dan petang tadi beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Beliau dilaporkan berkata, derma RM2.6 bilion yang pernah diterima Najib itu tiada kena-mengena dengan Arab Saudi.

Pulak dah...

Yang pasti,  berita ini tentunya membuatkan Najib makin pening kepala dibuatnya.

Pembela, penyokong dan pengampu Najib juga jadi kelu lidah dan tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Kes berkaitan wang RM2.6 bilion itu pun sudah dibawa ke mahkamah dan Najib berdepan 21 pertuduhan penggubahan wang haram berkenaan dana tersebut.

Sekaligus, pembelaan Najib di mahkamah nampak makin sulit jadinya. (ShahbudinHusin 26/10/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena