Monday 29 October 2018

[Video Polis akan soal siasat bekas menteri didakwa cabul] Ketika UmnoBN berkuasa tak mustahil kes ini jadi 'SENYAP' tetapi ketika PH memerintah 'TAROSAN' yg terpalit dgn skandal akan terlepas juga ke? AMANAH Taiping tarik 500 bukan Melayu sertai parti.

Isnin, 29 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Jika laporan polis spt ini dibuat ketika UMNO/BN berkuasa melibatkan pemimpin2 UMNO tak mustahil kes ini jadi 'senyap'.

TETAPI ketika PH pula ambil alih k'jaan, adakah bekas menteri BN mahupun pemimpin2 UMNO yg dilaporkan terpalit dgn skandal cabul spt ini akan terlepas pula ??!

Sama2 kita nantikan keputusan siasatan polis..

AMANAH Taiping tarik 500 bukan Melayu sertai parti

AMANAH Taiping tarik 500 bukan Melayu sertai parti
Usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh AMANAH Kawasan Taiping sehingga kini telah berjaya menarik masyarakat bukan Melayu khususnya kaum India dan Cina untuk menyertai parti tersebut.
Demikian kata, Naib Pengerusi AMANAH Kawasan Taiping, Datuk S.Naliraja ketika ditemui selepas program Takewando Tertutup Taiping yang telah diadakan di Adtec, Taiping semalam.
Menurut beliau lagi, selain dari itu tiga lagi cawangan AMANAH sedang dalam perancangan yang akan dibuka dengan penyertaan 300 ahli baru yang turut terdiri dari golongan bukan Melayu.

Datuk S Naliraja
“Gerak kerja turun padang yang telah dilaksanakan sejak sebelum pilihan raya lagi sehinggalah kini menampakkan hasil yang amat memberangsangkan.
“Tanggungjawab yang telah diberikan untuk menarik lebih ramai masyarakat India dan Cina menyertai AMANAH telah pun berjaya dilakukan hingga kini.
“Oleh kerana itu beberapa pembaharuan harus dilakukan bagi memastikan nasib golongan tersebut diberi pembelaan, ” jelasnya lagi.
Malah ujarnya, beberapa pendekatan yang telah pun dilakukan ialah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan.
Selain itu katanya, membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan miskin telah berjaya menarik minat golongan tersebut untuk menyertai AMANAH.
“Komitmen bersungguh-sungguh terbukti memberi impak yang amat positif.
“Yang jelas AMANAH kawasan Taiping akan terus turun padang dan mendekati pelbagai golongan masyarakat khususnya kaum India dan Cina yang memerlukan.
“Portfolio untuk membela nasib golongan tersebut kini dilakukan dengan penuh kesungguhan sehinggalah tiga cawangan baru tersebut dianggotai keseluruhannya oleh bukan Melayu dengan jumlah yang amat besar,”tegasnya.
Beliau juga optimis AMANAH Taiping mampu menarik lebih ramai lagi masyarakat bukan Melayu untuk menganggotai AMANAH serta mencambahkan lagi cawangan dalam tempoh terdekat.
Sehubungan itu tambahnya, semua pihak harus peka dan peduli terhadap setiap masalah dan keluh-kesah kehidupan yang dizahirkan oleh mana-mana masyarakat tanpa membezakan ideologi politik mereka sekiranya mahu mendapat dokongan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena