Wednesday, 31 October 2018

[Video LIVE Parlimen 31 Oktober 2018 Sesi Petang] Isk, iskkk! Bekas pengerusi PAC Hasan Arifin mengaku padam perkataan (berkait dgn Jho Low) dalam laporan 1MDB & Pelan Tempatan KL 2020 diwartakan semalam.

Rabu, 31 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
KANTOI! Bekas pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin telah mengaku padam perkataan (berkait dgn Jho Low) dalam laporan 1MDB.

Disebabkan beliau telah buat laporan tidak sepenuhnya/ berat sebelah laporan 1MDB yang lalu dan beliau akan disiasat tidak lama lagi, tiba2 nak suruh bubar Parlimen? 

Dah tak larat jadi pembangkang lah tu... takut tak sempat nak tutup kebobrokan dia yg telah dilakukan utk nak selamatkan Najib, Jho Low serta kuncu2 yg lain terpalit dalam siasatan 1MDB terdahulu.

Mandat rakyat 5 tahun.. Bak kata Zahid, "Kalau dah tak suka dgn sistem politik negara slps pilihanraya ini, SILA KELUAR DARI MALAYSIA!
Pelan Tempatan KL 2020 diwartakan semalam

Pelan Tempatan KL 2020 diwartakan semalam

Jabatan Peguam Negara mewartakan Pelan Tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam, 30 Ogos 2018 walaupun ia telah disiapkan sejak 2008 lagi.
Menurut pengumuman pewartaan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara, ia dibuat berasaskan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.
“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267], Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan kelulusan Menteri, telah menerima draf pelan tempatan Kuala Lumpur 2020 pada 5 September 2018,” kata penyataan pewartaan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara itu.
Orang ramai boleh melihat atau membeli Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 itu dari Jabatan Perancangan Bandaraya, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada waktu pejabat mulai pertengahan bulan ini.
Keputusan untuk mewartakan pelan ini dibuat pimpinan baru Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh menterinya Khalid Samad walaupun ia sudah lewat 10 tahun selepas ia disiapkan 2008 lalu.
Ketika mengumumkan perkara ini selepas beliau dilantik sebagai menteri, Khalid berkata, langkah ini bertujuan supaya semua pihak mempunyai panduan yang jelas dalam pembangunan Kuala Lumpur bukan mengikut kehendak pihak yang membuat keputusan semasa sahaja.
Khalid dan para pegawainya berdepan dengan para Ahli Parlimen Kuala Lumpur selepas memberikan taklimat mengenai Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 sebelum ia diwartakan hari ini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena