Wednesday, 31 October 2018

[Video Isu Harga GAS ''Kalau Betul Kenapa Umno Kalah?''] Tiada kenaikan harga perkhidmatan penghantaran Gas PETRONAS ke rumah! Lebai2 PAS memanjat pejabat Dr.M lagi semalam...Buat apa Hadi jumpa Dr.M kali ke-2?

Khamis, 1 November 2018
Piu wittttt...
Image may contain: 1 person, text
#BeritaBaik..
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - PETRONAS Dagangan Bhd hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga untuk perkhidmatan Penghantaran Gas PETRONAS ke Rumah (Gas PETRONAS Home Delivery) (GPHD) dan caj penghantaran tetap sama.

Harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 untuk silinder 12kg dan RM29.80 untuk silinder 14kg bagi wilayah tengah, sementara wilayah selatan, timur dan utara harga bagi kedua-dua silinder berkenaan masing-masing adalah RM25.20 dan RM29.00.
Harap maklum...cai & walaun.
Lebai2 PAS memanjat pejabat Dr.M lagi semalam...
Image may contain: 2 people, people sitting and beard
Buat apa Hadi jumpa Dr.M kali ke-2... 
Saya tidak begitu mengenali gambar orang di sebelah Abdul Hadi Awang, yang pakai nametag ABY. Bila dirisik saya difahamkan dia ini salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri. Di mana gambar ini dipukul tidak pula diketahui. Namun bila dilihat kepada suasana, ia seperti gambar di sebuah pejabat. 

Apakah ia di JPM di Puterajaya?  

Bersama gambar ini sekeping lagi gambar dikirimkan kepada saya, gambar Mustapa Ali dan dikirinya seorang pemimpin “mentor” Bersatu? Timbul persoalan untuk apa kalau Presiden Pas itu mengunjungi Perdana Menteri? Saya lebih cenderong untuk membuat tafsiran kunjungan ini bermotif politik. Kalau ia hubungan di antara kerajaan dengan kerajaan, sepatutnya ada Menteri Besar Terengganu yang dilihat sesuai MB berjumpa dengan PM. Tiada ada lah pula gambar Samsuri Mokhtar bersama. 
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting
Abdul Hadi dan Mustapa Ali bukan wakil rasmi kerajaan negeri, kerana mereka tidak ada apa-apa kuasa untuk mewakili kerajaan negeri. Berdasarkan itu maka kunjungan ini bermotif politik. Dengan meminjam istilah Mohd Amar Nante, “siapa kamu”? 

Kalau ia bermotif politik, apakah tujuan dan matlamatnya? Apakah ada maksud Abdul Hadi mahu mengadai 17 orang ahli parlimennya untuk apa-apa kepentingan di Terengganu dan Kelantan. Umum tahu kewangan kedua buah negeri diperintah oleh Pas itu dalam keadaan tidak begitu menyelesakan. 

Apakah Abdul Hadi membawa hajat untuk membawa Pas bersama Dr Mahathir demi kepentingan kerajaanya? Kunjungan ini menarik dan kita sedang “sekonding”. Dan gambar atau kunjungan ini tentulah kurang menyenangkan pihak tertentu. - MSO /TS

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena