Friday, 26 October 2018

[LIVE BICARA NAJIB: Skandal 1MDB-Pertuduhan Berlanjutan Lagi] Kerajaan Harapan teruskan MRT2 selepas berjaya jimatkan kos RM8.84 bilion.

Jumaat, 26 Oktober 2018
Infografik Najib & Zahid

Kerajaan Harapan teruskan MRT2 selepas berjaya jimatkan kos RM8.84 bilion

Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) selepas rundingan dengan pihak pemaju, MMC-Gamuda mencapai kata sepakat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya, persetujuan itu dicapai selepas MMC-Gamuda bersetuju untuk menurunkan kos untuk kerja bawah tanah.
“Sebelum ini, MMC-Gamuda telah bersetuju memberikan potongan kos sebanyak RM5.22 bilion untuk kerja-kerja atas tanah, yang diterima oleh MOF (Kementerian Kewangan).
“Akan tetapi MMC-Gamuda hanya tawarkan potongan sebanyak RM2.13 bilion untuk kerja-kerja bawah tanah, yang tidak dipersetujui oleh MOF.
“Akhirnya selepas YB Menteri Kewangan diminta oleh YAB Perdana Menteri, untuk merundingkan sendiri perkara ini buat kali terakhir dengan MMC-Gamuda, syarikat itu telah bersetuju dengan cadangan MOF untuk menambahkan lagi potongan kos untuk kerja bawah tanah daripada RM2.13 bilion kepada RM3.6 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.  
Guan Eng berkata, kos pembinaan (tidak termasuk kos faedah, kos pengambilan tanah dan kos-kos lain) berjaya dikurangkan sebanyak RM8.82 bilion atau 22.4% daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion.
Pada 3 Oktober lalu, jemaah menteri meluluskan penerusan kerja pembinaan atas tanah MRT2 oleh MMC-Gamuda dengan kos RM17.42 bilion berbanding kos asal RM22.64 bilion.
Bagaimanapun kerja bawah tanah MRT2 tergendala ekoran MoF tidak bersetuju dengan pengurangan kos sebanyak RM2.13 bilion yang ditawarkan syarikat pemaju sebelum ini.
Pada 10 Oktober, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua menulis surat terbuka kepada MMC-Gamuda yang disifatkannya “berlagak sebagai mangsa kerajaan ‘zalim’ Pakatan Harapan”.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Damansara turut menjawab tuduhan yang dilemparkan orang ramai terhadap kerajaan susulan dakwaan bahawa kononnya 20,000 individu akan kehilangan kerja sekiranya projek bawah tanah itu dihentikan.
“Kepada seramai 20,000 pekerja, seperti yang didakwa MMC, akan kehilangan pekerjaan mereka akibat penamatan kontrak, biar saya tekankan bahawa kerajaan Malaysia bukannya membatalkan projek tersebut.
“Anda akan menemukan banyak lagi peluang apabila projek baharu dijalankan pada kos yang lebih rendah, manakala penjimatan yang diperolehi bermakna lebih banyak projek akan dijalankan pada masa akan datang,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena